Monday, June 29, 2009

Ujian Allah pelbagai...maka setiap yang berlaku itu adalah tidak sia-sia.. nothing free..


Rahmat Ujian
Album : Layar KeinsafanMunsyid




Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita


Insan memandang

Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa


Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu

(^_^)
Continue Reading...

Tuesday, June 23, 2009

Bulan Rejab kembali lagi menyinari kita (^_^) syoknyer...

Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.
Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.
Firman Allah SWT:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui -
Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya:
Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
sumber: MOHAMAD DAUD HJ SUTAN.02/08/2005
wahai sahabat-sahabat yang disayangi marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat di Bulan yang mulia ini.. semoga kita sama-sama mendapat ketenangan dan keredhaan dariNya.. Setiap yang ditentukan oleh Allah adalah tidak sia-sia.. pasti ada Hikmahnya.. yang kita tidak ketahui sedangkan Dia maha Mengetahui yang ada mahupun yang tersembunyi.. jangan sedih-sedih.. masih belum terlambat lagi kita untuk mendapat pengampunan dari Nya.. mungkin Allah hendak bagi sedih setahun dua nh.. mana tahu kebahagiaan menanti selepas ini.. =) as long as Allah love us... insyaAllah yang pasti.. Allah maha Pengasih dan maha Penyayang.. ingat tu yer... (^_^)
Continue Reading...

bahagianya isteri jika diredhai suami...



Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1] Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.


  • ya Allah kurniakanlah aku suami yang penuh sifat pengasih dan penyanyang.. yang meredhai aku akan setiap gerak geri ku dan menegur ku secara hikmah atas setiap kesalahan ku... dan berlaku baik terhadap ku serta keluarga ku.. ameen... ya Allah
Continue Reading...

Thursday, June 18, 2009

cemburukah kita???



Manusia tidak lepas bebas daripada sikap cemburu

Dari Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: "Kerana itu aku cemburu kepada beliau."

Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya: "Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?"

Jawabku: "Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda?"

Tanya baginda: "Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?"

Jawab Aisyah: "Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?"

Jawab baginda: "Ya!" Aku bertanya: "Aku sendiri juga?"

Jawab baginda: "Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat."


(Hadis Riwayat Muslim)

Pendekatan tipu daya syaitan adalah pelbagai. Ini bergantung kepada jenis manusia yang mereka dekati. Mereka membelit orang berilmu melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dihasut dengan amalnya. Orang yang kaya dirosakkan dengan harta bendanya, sedangkan orang yang miskin lebih dekat dengan kekufuran disebabkan kesusahan yang dialaminya. Hadis di atas menerangkan bahawa setinggi mana pun ilmu dan sebanyak mana pun amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat menjamin sepenuhnya bahawa ia akan selamat daripada tipu daya syaitan. Oleh itu Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan godaan syaitan laknatullah.

Dari Mughirah r.a. katanya: "Saad bin Ubadah mengatakan, 'Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.' Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata: "Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Setiap apa yang menimpa diri kita ataupun orang lain daripada perkara-perkara berupa kesulitan dan sebagainya, semuanya berpunca daripada sikap kita yang meremehkan perintah Allah SWT, tidak menganggap penting dan tidak pempedulikan hak-hak Allah yang seharusnya dipenuhi oleh hamba-Nya. Oleh itu selaku manusia kita hendaklah memilki sifat al-Khouf dan ar-Roja’ karena dengan memiliki kedua perasaan tadi manusia akan berfikir bahawa boleh jadi Allah akan menyiksanya atau merahmatinya. Hal ini akan menggerakkan manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin manakala dengan sifat al-Khouf pula akan mengekang manusia daripada melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna dan manusia itu amat dhaif tanpa adanya pemberian ataupun nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Dengan itu manusia handaklah bersifat sebagai hamba yang sentiasa cemburu untuk mendapatkan kasih sayang dan rahmat Allah bukan bersaing mahu menempah kemurkaan Allah SWT.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.’ Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri. Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong.

Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.

Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’.

Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba- Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!

Sumber : Majalah Sinar Rohani, Feb 2005
Continue Reading...

Wednesday, May 27, 2009

syukur ya Allah...


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..


Emm.. dah lama x update blog nh.. alhamdulillah akhirnya diberikan juga kesempatan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat..


Praktikal di tempat yang jauh dari rumah ni.. menguji emosi, fizikal dan mental saya. Majikan pun naik risau kat diri ni sebab jauh sangat perjalanan.. kata En Rahim..


“ emm kenapalah Farhana pilih jauh-jauh nh.. macam tak berbaloi je”


Bila dengar majikan kata macam tu saya senyum je. Ada sebabnya saya pilih tempat yang jauh-jauh nh, pertama saya dapat belajar menguruskan masa dan diri supaya menepati masa dan mendidik disiplin diri.. pukul 5.30 a.m dah kene bangun menyiapkan diri, 6.30 tunggu bas di depan taman.., 7.30 sampai di Butterworth naik feri pulak.. pas tu jalan kaki sampai ke tempat kerja.. kalo feri sampai sebelum pukul 8.00 pagi maka bernasib baik lah saya. Sebab sebelum pukul 8.00 am ada bas TO FREE CAT. Hehe naik bas rapid nh free saja.. dan dekat sikit untuk berjalan ke tempat kerja kalau tidak akan mengambil masa berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai ditempat kerja dari jeti. Huh jauh perjalanan.. hari pertama sudah kena rempuh hujan yang sangat lebat. Bila sampai tempat kerja saja habis basah baju. Nasib baik ada bawa kasut dan stoking spare. Rasa bersyukur sangat jadi orang perempuan. Yelah bila saya bawa banyak-banyak barang je.. adik-adik semua tanya “ kenapa kakna bawa banyak-banyak nh.. kasut bawa dua, kain tuala lagi sabun pun bawa sekali..” hehe ini lah sebab nya.. bila emergency maka ada backup plan.. alhamdulillah.. terima kasih pada Allah sebab menjadikan saya seorang perempuan.=) pukul 5.15 petang saya dah boleh keluar dari Office.. hari pertama tu saya bersyukur sangat sebabnya tidak perlu balik berjalan kaki dari tempat kerja ke Butterworth.. rakan sekerja pelawa naik sekali ngan dia… teringat kata-kata abah.. “ kakna kene banyak bersabar… dalam bersabar ini Allah akan Bantu kita…” saya tersenyum bila teringat kata-kata itu.. terima kasih abah.. seorang yang penyabar abah nh… sampai lah saya ke rumah pada pukul 7.30 malam.. kalau bernasib baik tidak terlepas bas pukul 6.00 petang boleh sampai rumah awal dalam pukul 7.15 malam.. apa-apa pun saya bersyukur pada Allah sebab memudahkan perjalanan dan urusan ini… Thank You Allah (^_^)


Buat sahabat-sahabat yang dikasihi marilah kita memupuk hati yang selalu bersyukur atau Qalbun Syakirun. Hati yang sentiasa bersyur ini bermakna kita menerima apa adanya (qona’ah). Apabila hati kita dapat menerima dengan redha maka stress tidak akan muncul. Kita akan menjadi seorang yang sangat bahagia. Saya ada membaca satu artikel yang mengatakan bahawa,


“Seorang yang pandai bersyukur sangatlah cerdas memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apapun yang diberikan Allah ia malah terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila sedang mengalami kesulitan maka ia akan segera ingat sabda Rasulullah SAW yaitu :


“Kalau kita sedang sulit perhatikanlah orang yang lebih sulit dari kita”.


Bila sedang diberi kemudahan, ia bersyukur dengan memperbanyakkan amal ibadahnya, kemudian Allah pun akan mengujinya dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Bila ia tetap “bandel” dengan terus bersyukur maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Maka berbahagialah orang yang pandai bersyukur!”

Continue Reading...

Monday, April 27, 2009

forever in my heart


alahmdulillah berakhir sudah perjuangan ku di universiti.. semalam tanggal 26 april.. aku meratapi dan mendalami setiap detik aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan dan mengamit semula memori2 ku sepanjang aku bergelar mahasiswi.. huhu=( banyak sangat memori yang terindah dan pahit yang x dapat ku lupakan.. kalo nak diceritakan sepuluh muka surat pun x cukup.. aku bersyukur ke hadrat illahi kerana aku dikurniakan teman2 dan sahabat2 yang soleh dan solehah.. x dapat aku ungkapkan dengan kata2.. mereka nh sume masyaAllah hebat2 dan banyak ilmunya.. siapalah aku nh kalo nak dibandingkan.. terima kasih sahabat2 sume kerana banyak berkongsi ilmu dengan aku nh.. =) suka sangat.

buat sahabat2 di cg yang kakna amat sayangi..~asma, fayruz dan wahid...

korang lah yang paling rapat dengan kakna.. kakna nak minta maaf banyak2.. halalkan makan minum.. jangan amek ati yer kalo kakna ada gurau gurauan yang kasar 2.. kakna sayang sume.. korang mesti dah kenal sgt ngan kakna kan.. kakna pun dah kenal sangat ngan korang 2.. huhu..
korang tetap dihati kakna..
buat fyruz and asma.. maceh banyak2.. kakna selalu je buat bising bilik korg.. hehe.. kalo sehari x tunjuk muka kat bilik 2 x sah.. huhu.. macam best je tau kakna singgah bilik 2.. nak tahu x sebab ape... hehe sbb nya kakna nak pantau korg supaya x sedih2.. kalo sedih je kakna akan mula cakap.. hihi.. pecah dah rahsia.. sowie ek.. xpe2 dah abis dah.. sedih pasnih dah x leh bwt lagi mcm 2..
buat wahida sahabat sepengajian dan seperjuangan ku.. banyak sangat memori org ngan wahid.. org x nak wahid sedih2 dan bermasam muka selalu tau.. senyum macam ari2.. baru lah best.. x sesak nafas org lagi.. huhu he;)

masa bersahabat ngan 3 orang nh.. satu penyakit baru muncul dalam diri nh.. huhu nak tau x korang.. kakna selalu sesak nafas n nak muntah2 kalo salah sorg merajuk atau menjauhkan diri dari kita berempat.. jangan lah buat begi2 lagi k.. lepas nh dah betul2 berjauhan.. hope ukhuwah ni kan terputus sampai sini je.. korang nh hebat lah.. buat kakna sesak2 nafas.. isk2.. bahaya 2...huhu

adk fyruz.. kakna harap kamu teruskan perjuangan ni.. jangan sedih2 kalo kakna, kakwahid dan asma x da ek.. kami sentiasa ada memberi sokongan kat fyruz.. jangan sedih2 selalu.. adk kakna yang paling manja ngan kakna nh.. mesti kene kuat.. dan jangan lupa senyum2 selalu tau.. ingat pesanan2 kakna 2.. hehe macam org tua plk.. kakna tgglkan asma(2) untuk fyruz.. asma nh sgt istimewa tau.. romate kakna yang kakna sgt syangi.. inysaAllah fyruz mesti akan ceria dok ngan dia nanti.. dan asma pun akan ceria dok ngan fyruz :D nanti dah x da lagi org nak bising2 kat fyruz.. huhu mesti fyruz rasa aman nanti kalo kakna x da kan.. xpe2.. nanti kakna suruh asma plk..hehe

adk asma yang manja jgk ngan kakna nh.. sorg yang cepat majok kalo kakna x beri perhatian kat dia.. comel sgt sikap dia nh.. aii.. pasnh jangan majok2 lagi tau.. kakna dah x da nh.. kene pandai jaga diri ek.. kakna sayang korg sume.. kadang2 kakna x sempat nak tgk asma 2 makna nya kakna perlu tgk yg lain sbb mrk lebih perlukan kakna dan pada wak2 i2 kakna yakin asma kuat.. :) asmaaaa... nanti kita jumpa di kulim ekk.. (^_~)

buat sahabat2 ku di RST nun jauh disana... aku amat menyayangi kalian..

lillah, romlah dan nini yang dikasihi...

terima kasih diatas segala2nya.. sokongan dan semangat yang korg berikan pada kakna membuat kan kakna lebih terus kuat untuk menggorak langkah ke hadapan di kala kakna berputus harapan..:')

lillah.. msg yang lillah kasi x henti2 tu..kakna suka sngat... kadang2 menanti msg dr lillah kalo dah lama sangat x dpat.. huhu.. pasnh lillah bersama pimpinan baru..kakna harap lillah akan teruskan perjuangan kita.. ada hikmah disebalik yang terjadi.. lillah insyaAllah kakna sentiasa ada.. kalo lillah perlukan apa2 msg kakna ek..=)

rom adk yang nakal nh.. jaga diri baik2 di negara orang.. balik nanti jgn lupe ole-ole buat kakna ek.. hihi ;P kakna doakan mg Allah permudah kan segala urusan adk disana. seorang adk yang cekal hati nh.. teruskan perjuangan.. kakna suka tgk rom masa kat umah kakna ari tu.. kuat2 chayok!!! (^_~) he

nini.. yang comot.. kakna bersyukur dapat kenali nini dgn lebih mendalam sem nh.. berpeluang jugak untuk bermanja2 ngan nini.. hehe maceh ye.. nini2.. kakna suka tengok dengan sikap nini yang tabah dan sentiasa bersemangat.. walauapapun terjadi nini x mengeluh pun.. nini tetap mantain je.. alhamdulillah.. teruskan macam 2 ye nini... i proud of u...

buat adk2 kakna .. ~unil, abel , faez, nazirah, qayyum, pina, pizah, intan, ayuni, wan, rahimie bard, fareez.. dan sume lah adk2 kakna..~ kakna sayang kan korang.. teruskan pimpinan kita . buat lah yang terbaik dan jangan lah berundur diri kerana kamu semua adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik..

~artikel nh sebenarnya dah lama nak kuar kan tapi internet asyik putus2... jadi atas permintaan adk fairuz n adk lillah nh.. kakna cuba jugak postkan.. luv u all=)
Continue Reading...

Tuesday, April 21, 2009

cantiknya berkasih sayang

Kerana SAYANG


Manusia dan keinginan

Senantiasa berjalan beriringan

Tak mampu dipisahkan

Kitalah manusia itu

Selagi nyawa dikandung badan

Kita kan senantiasa berkehendak..


Andai menginginkan kasih sayang Allah swt

Setiap perintah-Nya dipenuhi

Setiap larangan-Nya dijauhi

Kesalahanan diri ditangisi

Dosa-dosa lalu disesali

Hari-hari berikutnya dilalui dengan

bersulam doa dan pasrah kepada-Nya


"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus

jalan orang-orang yang diberi nikmat

dan bukannya jalan mereka yang dimurkai

dan bukan pula jalan mereka yang sesat"


Andai mau memenuhi kehendak iblis laknatullah

Berbuatlah sesuka hatimu ...

mau berpelukan...berciuman ?

mau menodai insan lemah ?

mau meniadakan kebenaran ?

mau kecam-mengecam ?

mau memfitnah insan yang tidak bersalah?

hingga musnah peradaban insan

hingga terpecah ikatan persaudaraan

Kita ini bersaudara...


karena kasih-sayang sesama saudara

apabila melihat kemungkaran

akan ada segolongan insan

yang mencegah kebatilan

atau paling tidak dengan hati mereka

biarpun mereka tidak sesempurna mungkin

biarpun mereka pernah berdosa

biarpun masa depan tak pernah tahu bagaimana

biarpun diri bakal dibenci manusia

tak mengapalah andai dibenci makhluk

tatkala tegur menegur sesama saudara

asal tanggung jawab bersaudara terlaksana

ketahuilah insan...


karena sayang, suami akan menegur isteri

karena cinta, ibu ayah akan menegur anak-anak

karena merasa berat, pemimpin akan menegur bawahan

karena kasih jugalah...

akan ada sahabat...rekan...teman...

yang sanggup memberi teguran

ini semua semata-mata karena sayang...

demi memelihara semangat persaudaraan ...


copyright ikhwah08@hotmail.com



subahanallah...:) nikmat kasih sayang yang Allah beri ni haruslah kita syukuri dan jangan lah sesekali abaikan dalam diri kita.. jika kita merasakan diri tiada kasih sayang maka usahakanlah ia.. wujudkan lah kasih sayang i2.. kerana sifat kasih sayang ini Allah sukai dan Allah suka jika hamba2nya.. menyemai sikap ini terhadap sesama makhluk. Bukan lah kepada makhluk yang bernama manusia semata-mata tetapi juga kepada makhluk2 Allah yang lain..


wahai sahabat2 ku yang dikasihi.. haruslah faham dan mengerti bahawa hendaklah menyalurkan kasih sayang ini dengan cara yang betul dan bukan menyalah ertikan makna kasih sayang.. kepada adk2 yang sedang meningkat remaja ni.. sayang bukan bermakna kita perlu peluk2 atau mengadaikan maruah diri kita ya.. tetapi sayang kita terhadap makhluk ini ialah dengan mengajak mereka ke arah kebaikan dan memelihara maruah diri.. sayang lah mereka seumpama kita menyanyangi diri kita sendiri..


mahukah kita orang yang kita sayang masuk ke dalam neraka??


mahukah org yang kita sayang dibenci Allah??


mahukah org yang kita sayang mendapat seksa dan Azab dr Allah??


jika tak mahu.. jangan biarkan orang yang kita sayang...daripada terjerumus ke kancah durjana.. maka selamatkan lah mereka dari segala Azab api neraka dan kemurkaan Allah... sama2lah kita menyanyangi sesama saudara dan juga sayangilah diri sendiri..


wahai sahabat2 ku..:)jangan lah menzalimi diri sendiri.. kadang2 kita berputus asa dan terasa bagaikan nak tampar diri.. x nak makan.. sehinggakan ada juga yang hendak bunuh diri.. cantik kah berbuat begi2?.. untungkah kita kalo buat begi2?? fikir2kanlah wahai sahabat2 yang dikasihi sekalian.. akhirnya diri sendiri yang akan rugi... sukakah kita menjadi org yang rugi?? sudah tentu tidak suka bukan.. maka jom kita sama2 berusaha mencari keuntungan didunia ini yang boleh membuat bekal pada diri kita di akhirat kelak.. iaitu dunia kita yang kekal abadi adalah bermula disana...







Continue Reading...
 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template