Monday, June 29, 2009

Ujian Allah pelbagai...maka setiap yang berlaku itu adalah tidak sia-sia.. nothing free..


Rahmat Ujian
Album : Layar KeinsafanMunsyid




Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita


Insan memandang

Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa


Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu

(^_^)

5 comments:

.::N.hasnah.Z::. on June 30, 2009 at 7:02 AM said...

salam ana...
lawa nya gambar atas tu.
burung-burung tu seolah-olah mengajak kita senyum ^_^

Mat Khairil Bin Mohamed on June 30, 2009 at 7:54 AM said...

benar...tak siapa tahu.. tak siapa pinta ujian bertemu... bibir senang je ucap sabaq... tp hati.. Ya Allah.. tak siapa ingin pkara buruk terjadi.. ttp inilah tarbiah Allah s.w.t nak bg ujian.. nak tgk sabar atau tidak...

farhana on June 30, 2009 at 10:55 PM said...

buat hasnah@ sern - wsalam.. hee.. betul2 jom2 kita senyum.. tanda kita syukur padaNya sentiasa.. jangan mudah mengeluh.. sabor yok.. hee(^_*)

farhana on June 30, 2009 at 11:01 PM said...

semakin tinggi ilmu seseorang itu semakin banyak ujian yang Allah berikan padanya... renung-renung dan fikir-fikirkan... x sempurna iman jika tidak di uji oleh NYA.. tq Allah..

Ana FyruZ on July 1, 2009 at 11:53 PM said...

pertama tidak bermakna yang terbaik untuk kita.. percayalah..ada yang kedua yang lebih baik untuk kita..

bersangka baiklah dengan ALLAH..kelak ALLAH akan memeliharamu sehingga akhir hayatmu.

Bersangka baiklah dengan manusia sekelilingmu..kelak ALLAH akan membersihkan kotoran di hatimu..

hadapilah hidup ini dengan senyuman..walaupun di hati perit hanya ALLAH yang tahu..
Cukuplah ALLAH dan RAsulullah sebagai penolong kita..
hakikatnya kita semua akan ke sana
segala amal akan di hitung dan di pertontonkan..
ingatlah mati..Dan ingatlah SyurgaNYA..
segala kekusutan hidup di dunia, jika berlandaskan mardhatillahNYA.. semua akan berakhir dengan kesenangan dan kelapangan hati
subhanaALLAH..

p/s : sayang kak na sangat2..miss u so much!!

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template