Sabda rasulullah:
"Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang sesudah kesabaran, kelapangan datang sesudah kesulitan, dan kemudahan datang sesudah kesulitan.
~…cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.(ali imran :173)~
Dalam sebuah Riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, ‘ Wahai anak kecil kenapa kamu menangis sayang?’ Maka berkata anak kecil itu,
‘Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,
“Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quuanfusakum wa ahlikum naara” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu dan keluargamu dari api neraka”.
Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.’
Berkata orang tua itu, ‘Wahai anak, janganlah kamu, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.’
Berkata anak kecil itu, ‘Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang akan diletakkan oleh mereka ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka akan meletakkan yang besar. Jadi pakcik tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.’
Berkata orang tua itu sambil menangis, ‘Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada api neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti…?’
Membaca kisah ini saya terfikir, berapa ramai dalam kalangan kita yang hati dan perasaannya gentar apabila mendengar nama-nama Allah, mendengar kehebatan Allah dan melihat kekuasaan dan ciptaan Allah.. sejauhmana perasaan takut kita kepada Allah berbanding dengan ciptaan Nya.. sejauhmana kita melaksanakan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.. Ya Allah jauhkanlah kami daripada menjadi hambaMu yang dilaknat oleh Mu..
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman, dijauhkan dari api neraka dan ditempatkan disyurga firdaus NYa…
Emm.. penantian adk2 kakna yang sabar ini, atas sebab I2 kakna persembahkan buat kalian kisah si semut hitam edisi keduanya..(^^,)
Pada malam itu si semut hitam tidak lagi menangis akan tetapi si semut hitam.. tido awal.. pukul 9.00 malam lepas waktu isyak tu si semut hitam dah mula tido.. si semut hitam nh selalu agak penakut sikit jadi sebelum tido dia akan baca mcm-mcm doa.. antaranya doa 3 QUL.. dan membaca tasbih Fatimah. Oleh sebab itu si Semut hitam akan pastikan jasad nya bersih dari segala kotoran.. ( kene amek wuduk tau sebelum tido). Setelah itu barulah si Semut Hitam memejamkan matanya sambil berniat dalam hati untuk bangun semula pada awal pagi.
Kira-kira pada pukul 4 pagi, Si Semut Hitam terbangun dari tidur… mudah pulak pagi itu dia terjaga.. mungkin disebabkan kesedihannya yang mempengaruhi fikiran Si Semut Hitam. Si Semut Hitam terus mengambil wuduk dan melakukan beberapa solat sunat kerana hatinya yang tidak tenteram itu. Maka mengadulah dia pada Tuhan yang menciptakannya yakni Allah SWT. Menangis, merintih dan bersujud mengadap illahi membuatkan Si Semut Hitam merasakan betapa kerdil dan hina dirinya.. Siapalah dia untuk meminta berlebih-lebihan dan mengeluh kesah.. haruslah dia menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.. dia ada jasad yang sempurna yang telah ALLAH berikan padanya… tak kan ujian sedikit ini pun tidak mampu untuk ditanggung. ( Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan dia mampu.)
Dalam hatinya “Allah sayang kan diriku.. Allah sayangkan diriku… Allah sayangkan diriku… Allah masih ada dengan ku biarpun teman-teman sisihkan aku.. biarlah binatang lain sisihkanku tapi jangan Allah. tidak cukup lagi kah itu buat diriku… ?? Syukur aku pada Nya kerana aku masih di uji Nya.. tapi ya Allah berilah ujian yang mampu untuk aku menanggungnya.. janganlah Engkau membebankan diriku..”
Lantas Si Semut Hitam meneruskan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah…
setelah itu, Si Semut Hitam pergi ke dapur memasak air untuk bonda, ayahanda serta adk-adknya yang masih kecil.. masa yang terluang itu Si Semut Hitam membersihkan diri dan mula mengejutkan kedua orang tua serta adk-adknya.. (kita siapa yang kejutkan dari tidur.. mesti sehingga besar panjang pun masih emak dan ayah kan.. selagi mak dan ayah tak naikkan suara selagi tu x bangun.. huhu jadilah anak yang menggembirakan hati ibu dan ayah ye..)
Pada pagi itu Si Semut Hitam tiba awal di sekolah.. melalui pohon-pohon pokok getah yang buah nya telah gugur itu membuatkan Si Semut Hitam leka memijak-mijak buah itu sambil terdengar bunyi letupan apabila kakinya asyik memijak.. ketawa kecil Si Semut Hitam seorang diri.. =) apabila sampai di pintu kelas, Si Semut Hitam melemparkan senyuman pada sahabatnya siSemut Oren. Si Semut Oren yang merupakan sahabat paling baik Si Semut Hitam. Si Semut Oren turut membalas senyuman temannya yang selalu dipinggirkan oleh rakan sekelas itu. Kadang kala Si Semut Oren turut terpengaruhi oleh kata-kata Si Semut Belang disebabkan oleh tidak kuatnya iman maka Si Semut Oren akur segala kehendak Si Semut Belang. Namun Si Semut Hitam tetap dengan senyuman nya membuatkan Si Semut Oren jatuh hati padanya dan berbalik semula memihak kepada Si Semut Hitam.. (dalam kesabaran banyak manfaatnya…) maka hari-hari yang dilalui oleh Si Semut Hitam begitulah keadaannya. Ada ketua kelas… tetapi Ketua kelas pun tidak tahu hendak menyelesai kan masalah.
Peperiksaan besar semakin hampir.. Si Semut Belangmasih terus mencemburui Si Semut hitam kerana peningkatan prestasi nya yang semakin meningkat dan Si Semut Hitam makin disayangi guru-guru serta teman sekelas. Kebanyakkan teman sekelas mula mendekatkan diri dengan Si Semut Hitam yang rajin berjumpa guru serta mengulangkaji pelajaran..mereka tidak lagi mempeduli kan hasutan Si Semut Belang yang penuh dengan bintik-bintk hitam di hatinya.. Si Semut Hitam tidak menyukai keadaan tegang hubungan nya dengan Si Semut Belang… pada suatu pagi Si Semut Hitam menghantar sepucuk surat berserta sekeping manisan kepada Si Semut Belang.. Si Semut belang menangis membaca surat itu lalu memeluk erat Si Semut Hitam.. mereka bermaaf-maafan.
***pertemuan si semut hitam dengan si semut belang..***
“Ke hadapan si semut Belang yang kukasihi..
Wahai si semut belang.. maafkan diri ini jika banyak melakukan kesalahan tanpa aku sedari mahupun tidak ku sedari.. namun semut Belang, marilah sama-sama kita membersihkan hati kita.. peperiksaan besar kian menjelang.. tidak ada gunanya lagi jika kita memendam perasaan yang tidak baik dalam diri.. tidakkah itu akan menyebabkan diri terasa tertekan dan hati menjadi sempit.. berfikirlah positif dan optimislah.. bila suatu hari nanti semua urusanterlihat amat buruk, kerana hal itu merupakan petanda akan datangnya hari lain yang dekat waktunya, yang semuanya dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan… aku maafkan dirimu wahai teman.. gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan..
Allah swt mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan sahabatku, Allah sangatttttttttt senanggggg dengan taubatnya seorang hamba. Kebahagiaan kita tidak bergantung pada orang lain, tetapi berada ditangan sendiri.. jangan berputus asa … kerana itu adalah keingkaran, barangkali dalam waktu yang dekat Allah akan memberikan kelapangan.. bersangkalah baik pada Pencipta kita ye.. =)”
Sahabat mu,
Si semut Hitam….(^^,)
*** si semut belang bersama manisan pemberian si semut Hitam...=)***
Si semut hitam merupakan seekor semut betina.. seekor semut yang sangat jujur dan tulus dalam mencari ilmu akhrawi dan duniawi.. namun ujian yang dihadapinya di lalui sejak di alam persekolahannya… semasa berada di alam remaja si semut hitam sangat rajin dalam menelaah buku pelajarannya.. yang ada dalam fikirannya hanya untuk membalas jasa ibunda dan ayahanda nya.. sehinggakan adk2 si semut hitam hairan melihat kakak nya yang asyik dengan buku dan nota.. namun akhlak dirinya menjadi pakaian nya walaupun berada dimana-mana sahaja dia berada..
Dalam menuntut ilmu yang sudah jadi tradisi nya itu… si semut hitam menghadapi ancaman daripada kawan-kawan dan teman seperjuangan… sehinggakan setiap kali pulang dari belajar si semut hitam ini akan menangis menyendiri.. teman seperjuangan yang dicari sudah tidak ada lagi.. kerana semuanya sibuk untuk kejayaan diri sendiri..sifat-sifat mazmumah menguasai diri sahabat-sahabatnya (hasad dengki, iri hati, pentingkan diri dll sifat yang keji)
Setiap hari si semut hitam mengajak kawan-kawan nya study sekali namun setiap kali ajakkannya pasti akan ditolak berserta dengan ejekan yang tidak henti-henti =( Pada suatu hari, sedang si semut hitam menelaah sendiri datang seekor semut belang melihat apa yang dilakukannya.. si semut belang segera memanggil rakan sekelas mereka meninggalkan si semut hitam seorang diri ….dan melakukan satu mesyuarat di belakang kelas.. si semut hitam hairan melihat kerenah rakan-rakan2nya yang mudah dipengaruhi oleh kata-kata si semut belang.. namun si semut hitam terus sabar dan sabar.. (keadaannya macam dipulaukan…huhu)
mesyuarat dibelakang kelas si semut hitam =(
Apabila pulang dari sekolah si semut hitam ini tidak lagi menangis.. (ermmm kenapa ya???) kali ini dia bangun malam seorang diri, muhasabah kembali dirinya sendiri.. adakah dia telah melukakan hati kawan-kawannya.. adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri, adakah sikapnya yang membuatkan kawan-kawannya lari, adakah dia terlalu baik, adakah dia terlalu menjaga pergaulannya??? Apakah yang sebenarnya punca i2..huhu … emmm..
Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)