Tuesday, November 10, 2009

sempurnakah solat kita???


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi. Entry kali ini adalah mengisahkan tentang perkara yang dilarang oleh seseorang muslim ketika bersolat.. ramai yang terlupa dan kadang kala sambil lewa dalam melaksanakan ibadah ini. Secara tidak langsung menyebabkan kita mengumpul dosa-dosa yang akan memberi kesan kepada account pahala yang akan kita bawakan ke akhirat kelak.. mahukah kita menjadi orang yang rugi? Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika solat. Jom check it out.. sama-sama kita usaha untuk khusyukkan diri nak bertemu dengan kekasih hati.. kautlah keuntungan sebanyak mungkin di dunia ini buat bekalan di akhirat nanti..=)


· Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

· Berdiri di atas satu kaki


· Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

· Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

· Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

· Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

· Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

· Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

· Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

· Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

· Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

(Sumber di petik daripada harian metro)

Saturday, November 7, 2009

~bismillah~ yusuf Islam and children



I am a Muslim, the things I say
In everything I do everyday
We are Muslims, the things we say
In everything we do everyday

Oooh, Bismillah,
Oooh, Alhamdullillah (x2)

I am a Muslim and this I know
I need to eat so that I will grow
We are Muslims and this we know
We need to eat so that we will grow
http://www.free-lyrics.org

When we eat we say Bismillah
When we’re full, we say Alhamdullillah (x2)

Water, juice and milk, these I think
Are so delicious for me to drink
Water, juice and milk, these we think
Are so delicious for us to drink

When we drink we say, Bismillah
When we’re done we say Alhamdullillah (x2)

Going out with my mum and dad
Coming home, oh what fun we had
Going out with our mum and dad
Coming home, oh what fun we had

Driving in the car, Bismillah
Coming safely home, Alhamdullillah (x2)

I go to sleep saying Allah’s name
And in the morning I do the same
We go to sleep saying Allah’s name
And in the morning we do the same

When we sleep we say Bismillah
When we rise we say Alhamdullillah (x2)

Bismillah
Album :
Munsyid : Yusof Islam and Children
http://liriknasyid.com

Saturday, October 31, 2009

sekilas pandang.. mata hatiku



Sekilas Pandang


Sekilas kuterpandang wajahnya terlukis

Hatipun bertanya mengapa sukarnya

Memadam lakaran wajahnya di hati

Merangsang gerak jiwaku


Milik siapakah yang terbenam di kalbu

Adakah dia penghibur yang kan kutemu

Telah sekian lama daku menunggu

Sudikah petunjuk darimu


Benarlah itu hanya dugaan

Ia menguji perhitunganmu

Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa

Kerana Ia yang menentu segalanya


Berawaslah melihat dan memandang

Mata indera kurniaan tuhan

Hanya mata akal dan mata hati

Mengajar hidup aman dan abadi


Pulanglah kepada Tuhan Yang Esa

Kerana Dia yang menentu segalanya

Pulanglah ke pangkuanNya


Sekilas pandangan rahmat yang datang

Sekali pandangan jangan kau ulang


“Allah pasti akan menolong tiga golongan dari kamu. Seorang mujahid yang membela agama-Nya, seorang penulis yang memberi penawar, dan seorang yang ingin menikah karena hendak menjaga kehormatannya.” (HR. Imam Ahmad)

Friday, October 30, 2009

Anak Kecil Yang Takutkan Api Neraka


Dalam sebuah Riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, ‘ Wahai anak kecil kenapa kamu menangis sayang?’ Maka berkata anak kecil itu,

‘Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,

“Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quuanfusakum wa ahlikum naara” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu dan keluargamu dari api neraka”.

Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.’

Berkata orang tua itu, ‘Wahai anak, janganlah kamu, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.’

Berkata anak kecil itu, ‘Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang akan diletakkan oleh mereka ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka akan meletakkan yang besar. Jadi pakcik tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.’

Berkata orang tua itu sambil menangis, ‘Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada api neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti…?’

Membaca kisah ini saya terfikir, berapa ramai dalam kalangan kita yang hati dan perasaannya gentar apabila mendengar nama-nama Allah, mendengar kehebatan Allah dan melihat kekuasaan dan ciptaan Allah.. sejauhmana perasaan takut kita kepada Allah berbanding dengan ciptaan Nya.. sejauhmana kita melaksanakan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.. Ya Allah jauhkanlah kami daripada menjadi hambaMu yang dilaknat oleh Mu..

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman, dijauhkan dari api neraka dan ditempatkan disyurga firdaus NYa…



Wednesday, October 28, 2009

Dilema seorang gadis...




Apakah seorang perempuan lebih baik hidup selamanya tanpa seorang suami @ dia terpaksa mengalah daripada sebahagian hak-haknya untuk berkahwin?



Pada pendapat saya seorang perempuan lebih baik hidup berkeluarga iaitu mempunyai suami. Dan tidak lah pula dia terpaksa mengalah daripada sebahagian hak-haknya untuk berkahwin. Berkahwin itu satu tuntutan dalam agama Islam. Manusia telah diciptakan berpasang-pasangan. Semua kejadian Allah, telah diciptakan berpasang-pasangan. Contohnya lembu jantan dengan lembu betina, putih dengan hitam, Adam dan Hawa. Dan itu adalah fitrah manusia itu saling kasih-mengasihi.


“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.”(ar Rum:21)

“ Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.” (al Baqarah:187)

Tidak boleh lah kita menolak fitrah manusia yang telah ditetapkan Allah. Jika sesebuah perkahwinan itu boleh memudaratkan seorang wanita misalnya suami tidak memberi nafkah zahir dan batin adalah lebih baik wanita tidak berkahwin. Hal ini kerana apabila berkahwin, perkahwinan itu mendatangkan derita dan sengsara pada isteri. Seorang suami tidak boleh melakukan kekasaran pada isterinya samada berbentuk fizikal atau spiritual. Hendaklah suami bergaul baik dan mesra pada isterinya.

Firman Allah SWT :
“Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya.”(an Nur : 33)

Hubungan di antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik, malah dari ungkapan kata-kata al Qur’an itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.

Islam memberi segala perhatian dan jaminannya kepada rumahtangga ini sebagai tempat pertemuan keluarga. Oleh itu banyak ayat-ayat al Qur’an jika diteliti, jelas menghubungkan persoalan keluarga itu secara langsung kepada Allah. Hal ini menggambarkan betapa besarnya kedudukan keluarga dalam sistem Islam dan betapa tingginya nilai keluarga di sisi Allah swt. Dia telah mengumpulkan di antara taqwa kepada Allah dengan taqwa dalam hubungan rahim.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan darinya Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (an Nisa’ :1)

Islam menamakan perkahwinan itu sebagai ‘Ihsan’ atau langkah pemeliharaan dan kawalan diri, dan dengan itu tersematlah di dalam hati orang-orang Mu’min bahawa hidup tanpa kahwin atau tanpa kawalan diri itu, walaupun dalam masa yang singkat, tidak mendapat keredhaan Allah. Ujar al Imam Ali Karramallahu wajhahhu apabila beliau segera berkahwin selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah puteri Rasulullah s.a.w; “Aku takut menemui Allah dengan keadaan bujang.” Kerana perkahwinan dalam adat resam orang-orang yang beriman termasuk dalam amalan-amalan keta’atan untuk mendampingkan diri kepada Allah dan meningkatkan dirinya ke mertabat yang suci.

Yang menjadi pokok pangkal dalam hubungan perkahwinan ialah kemantapan hidup dan kelanjutannya, kerana itu Islam mengawal hubungan ini dengan segala jaminan yang boleh menjaminkan kemantapan hubungan itu dan kelanjutannya.

Untuk mencapai matlamat ini Islam mengangkatkan hubungan perkahwinan ke taraf amalan-amalan keta’atan kepada Allah dan memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin lelaki dan perempuan dari wang negara untuk membolehkan mereka mendirikan rumahtangga.

Berkahwin itu perintah Allah dan sunnah nabi. Daripada berkahwin kita dapat menjaga diri kita daripada melakukan maksiat dan dapat mengamalkan sunnah nabi. Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku maka bukan dari golongan aku.”

Sabda Rasulullah s.a.w:
“wahai golongan pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mempunyai perbelanjaan (kemampuan) hendaklah berkahwin, kerana perkahwinan dapat menutup mata dan mengawal kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa dapat melemahkan runtutan nafsu.”

Dalam sunnah ada kejayaan. InsyaAllah kamu akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan jua akhirat.. wallahualam

nuril_lail86@yahoo.com.my

Wednesday, October 14, 2009

Hukum solat sunat selepas witir



"Apa hukum solat sunat lepas solat witir, ustaz"? Itulah soalan yang sering ditanya kepada saya. Kalau selama ini, saya hanya menjawab dalam sesi soal jawab agama pada hari ahad, kuliah dhuha tetapi hari ini saya akan menjawabnya dalam saluran blog pula. Semoga ianya lebih kekal dan senang dipindahkan kepada rakan-rakan yang bertanya sokmo soalan ni.



Kita tahu solat witir adalah antara solat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. dan dinamakan sunat muakkad yaitu sangat dituntut untuk dilakukan setiap hari sebelum tidur atau bila bangun daripada tidur untuk bertahajjud. Menjadi kebiasaan, ianya menjadi solat penutup kepada semua solat-solat sunat dan dilakukan dengan ganjil samada satu, tiga, lima hinggalah jumlah yang paling maksimum 13 rakaat.



Sebaik-baiknya, ianya dilakukan dua rakaat satu salam. Namun demikian harus dilakukan semua jumlah rakaat yang tersebut itu dengan satu salam sahaja. Dilakukan secara bersambung terus, dengan dua tashahhud (tahiyyat). Tahiyyat pertama pada rakaat sebelum akhir, manakala satu lagi tahiyyat pada rakaat terakhir sekali.



Perbuatan menyambung solat witir sekaligus 3,5,7,9,11,13 rakaat dengan satu salam pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Riwayat Bukhori, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain).



Bacaan dalam solat witir kalau dilakukan tiga rakaat ialah, rakaat pertama selepas fatihah ialah surah Al-A'la, manakala rakaat kedua sesudah Fatihah surah Al-Kafirun. Pada rakaat ketiga pula di baca surah 3 qul.



Kembali kepada persoalan asas kita, adakah boleh dilakukan solat sunat yang lain selepas solat witir? Jawabnya; Boleh. Nabi s.a.w pernah melakukan solat sunat selepas melaksanakan solat witir sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan lain-lainnya.



Ummu Salamah r.a. menyatakan bahawa baginda s.a.w pernah melaksanakan solat sunat sesudah melakukan solat witir.



Tetapi perlu diingat tidak boleh melakukan dua kali witir dalam satu malam. Maksudnya, pada awal malam sudah dilakukan witir, kemudian bila bangun malam berwitir sekali lagi. boleh solat sunat yang lain tetapi bukannya solat witir berdasarkan satu hadis yang bermaksud: "Tiada dua witir dalam satu malam". (Abu Daud, at-Tirmizi dan An-Nasaie).



Semoga terjawab segala persoalan dan tersingkap segala kekeliruan. Amin


Sunday, October 11, 2009

masih ada yang sayang (^_^)


Tanggal 10 October 2009 Program Masih Ada Yang Sayang Bersama Anak-anak Yatim telah diadakan di Surau Kampung Sungai Badak. Program kali ini adalah susulan daripada program yang telah diadakan pada bulan ramadhan yang lalu. Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) telah mengadakan program kali ini bersempena menyambut Hari Raya Eidul Fitri bersama anak-anak yatim.

Surah Al Baqarah Ayat 177

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan , akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”.

Untuk renungan kita bersama : Sekiranya kita menyapu / mengusap kepala anak yatim, fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

Alhamdulillah saya telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama dengan mereka. Kali ini saya menjadi fasilitator bersama teman akrab saya iaitu cik fairuz liyana.. syukurnya.. peserta-peserta dibahagikan kepada 5 buah kumpulan. saya dan fairuz ditugaskan oleh abg wan untuk menjadi fasi kepada kumpulan ketupat iaitu adk-adk lelaki.. comel-comel adik-adik nh.. ada yang peramah yang teramat sangat, ada pula yang pendiam dan ada pula yang aktif dan juga agresif.. tapi mereka semua ni baik-baik belako..

sangat mencuit hati masa menjalankan aktivi membuat post mortem aktiviti semasa Ramadhan dan selepas Ramadhan.. ada yang tulis semasa bulan ramadhan suka mengejek orang selepas ramdhan minta maaf dan x mengejek lagi.. huhu boleh pulak macam tu ye.. ada juga yang tulis semasa ramadhan mandi sungai. bila ditanya semula mandi sungai tu minum air sekali ke.. tapi jawapannye mandi sungai pada waktu malam lah plk.. huhu macam-macam.. tapi apa-apa pun buat adik-adik yang dikasihi jika amalan yang baik semasa di bulan Ramadhan lebih banyak daripada selepas ramadhan maka teruskanlah.., jika sama je amalan yang di lakukan semasa bulan ramadhan dan selepas bulan ramadhan maka lebihkan amalan yang baik dan jauhkan lah diri daripada amalan yang kurang mendapat pahala itu.


-Adik-adik kumpulan ku yang sibuk menulis aktiviti muhasabah ramadhan mereka.. =)-

ok.. kemudian kami meneruskan aktiviti dengan membuat kad raya untuk orang yang paling disayangi.. semua dok sibuk pikir nak buat yang tercantik dan terbaik.. kami fasi-fasi pun kene buat jugak.. apa lagi saya dan fairuz mulalah berpakat dan fikir nak buat untuk sape. hehe
selepas 40 minit berlalu maka siap lah kad raya kami..

-adik-adik kumpulan kami yang tekun menyiapkan kad raya mereka-

-Inilah kad raya kami akk.. *happy-

-Ini pula kad raya dari kak farhana dan kak fairuz buat adk-adk yang kami sayangi..-

-bersama dengan kad raya kak farhana n kak fairuz..- hehe

-fasi-fasi muslimat bersama dengan anak-anak yatim-

-fasi-fasi muslimin bersama dengan anak-anak yatim-

-keceriaan bersama adk comel..-

-pengisian yang amat bermanfaat yang diberikan oleh beberapa orang ustaz yang mantap ilmunya-


-juadah hari raya yang disediakan oleh pihak penganjur.-