

Setelah keluar dari dewan itu aku tercari-cari ibu dan abah serta ahli keluarga ku yang lain. berjumpa dengan mereka wahhh... tak terkata betapa gembiranya aku.. kerana kesemua nya dapat menghadirkan diri pada hari bersejarahku.. bersyukurnya aku padaNya.. ya Allah apakah yang aku perolehi selama belajar 3 tahun itu?? akan aku amalkannya.. aku belajar kerana Mu Ya Allah.. sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas.. pengakhiran aku mendapat segulung ijazah ini tidak bermakna tamatnya aku untuk mencari ilmu.. tamatnya aku belajar di universiti ini bermakna bermulalah aku untuk berdikari mencari ilmu yang tersembunyi di alam ini.. bermulalah aku mengorak langkah mengatur jalan hidup ku.. insyaAllah.. moga Allah permudahkan segala urusan ku serta sahabat handai ku... ameen..=')
1 comments:
amin.... :'-)
Post a Comment