Saturday, August 22, 2009

2 ucapan dalam satu masa..(^_^)



Alhamdulillah menjangkau jua aku berumur 23 tahun di bumi Allah ini.. syukur ya Allah.. dalam keadaan sedar dan tidak sedar ini bagaikan satu mimpi melanda dalam diri.. pelbagai onak dan duri yang aku alami.. ini baru sahaja mencecah umur 23 tahun bernyawa.. adakah aku berpeluang untuk menjangkau umur yang akan datang??

Muhasabah kembali diri ini.. ya Allah banyakknya kelemahan diri yang harus aku perbaharui..tatkala nyawa ditarik aku tidak lagi mampu untuk menyediakan bekalan ke dunia kekal abadi ku.. ya Allah moga hidupkku ini dapat aku berbakti kepada kedua ibu dan ayahku, menjadi muslimah yang sejati, dan seorang mujahidah di jalan Allah.. adakah aku dapat menggapai impian ku untuk menjadi seperti mujahidah-mujahidah Allah.. seperti Zainab Al-Ghazali, Mujahidah yang cekal walau dipenjara dan disiksa… ?? ujian dunia aku tangisi… layakkah aku…?? Aku ingin sekali menggapai syurga Allah… menikmati janji-janji Allah berikan pada Hamba-hambanya.. aku ingin sekali menjadi insan yang terpilih itu. Betapa kerdilnya aku.. insyaAllah.. Perjuangan jihad dan dakwah tiada noktah pengakhiran dalam hidup ku..

First time hari lahir ku jatuh pada tarikh esoknya semua umat Islam berpuasa.. dua ucapan yang aku terima dalam satu hari.. tak dapat nak lupakan lah besday tahun nh.. thanks ibu, abah, along, kak ina, adk sofi, adik iffah, adk faez, adk hanif, mak teh, paksu, tok, wan dan sahabat-sahabat semua yang masih lagi mengingati tarikh kelahiran ku.. kepada kengkawan yang tak ingat tu.. hehe.. dimaafkan.. bulan yang mulia nh sama-samalh kita bermaaf-maafan.. Maafkan aku yeh.. ;) biasalah aku insan yang tidak sempurna.. selalu je melakukan kekhilafan tanpa disedari.. kengkadang tu geram juga kat diri nh.. tak hati-hati bila mengeluarkan kata-kata atau bertindak.. dan secara tak langsung timbul penyesalan dalam diri.. maaf semua.. di kesempatan nh.. aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK.. sama-samalah kita menghayati bulan yang mulia ini dan memperbanyakkan serta pertingkatkan lagi amal ibadat kita.. jangan cepat marah-marah.. bulan nh bukan sahaja perlu tahan lapar dan dahaga tetapi sifat amarah juga perlulah dijaga.. jangan gaduh2 dengan adik beradik atau kengkawan.. nanti kurang pula pahala puasa kita tu.. mulut juga kene jaga.. basahilah bibir dengan alunan zikrullah yang akan menenangkan hati kita.. masa terluang itu isikanlah dengan perkara-perkara yang berfaedah.. mengaji Al-Quran, tolong ibu bapa.. tidakkah itu indah, jangan tidur saja.. rugi nanti.=) jom semua.. sama-sama kita rebutkan pahala di bulan yang mulia ini..=)

4 comments:

Nooreena on August 22, 2009 at 11:05 PM said...

Assalamualaikum oyang ana. Saje je wat2 sedih hari tu ye. :P

lillah on August 23, 2009 at 5:58 AM said...

kak na...

syg2 sgt kt akk...
kuat2!! smangt!!!

slmt berpuasa.. slmat beramal... moga bulan ramadhn ni kita dpt mnggunakan ianya dgn sebaik2nya...

~slm rindu~

p/s : adik lillah puji.. layout ni comei..hehe

farhana on August 23, 2009 at 7:46 AM said...

>>>erin>>> waalaikummussalam nek rin.. nasib bek ana dapat tahu.. huhu saje betul lah nek rin nh.. tapi ana maaf kan sebab nek kan.. hehehe

>>>lillah>>> yer adk lillah comel.. sayang jugak kat adk comel nh.. oh yeahhh.. jom kita sama2 kuat.. hik hik..;)

salam rindu jugak...=)

to adk lillah.. maceh ek.. segala puji bagi Allah.. *** malu lah plk rasa*** hee =)

Ana FyruZ on August 23, 2009 at 8:00 PM said...

kak naa...
hihi.. SELAMAT HARI JADI!!.

sehalus dan semerdu ayat Quran yang mengalun indah menganyam hati kita yang serabut menjadi pendamai dan penghilang gelisah yang kian parah. Tasbih erat di jari menguntum bunga-bunga zikir menjadi pohon taqwa di sana.
Kau pemaisuri hatiku, inspirasi hatiku dan sahabatku. Maafkan teman kiranya diri ini terlupa.

selamat berpuasa kak na!! sayang kak na!! InsyaALLAH ke akhir hayat. =)

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template