Monday, August 10, 2009

Jalinan kasih di raudah=)


“Assalamualaikum farhana hujung minggu nh boleh tak datang ke raudah…” kak kinah menyampaikan hasratnya melalui telefon bersama gelak ketawanya yang kecil… hehe… aku tersenyum je =) dalam hati ku… “mmm mmg hasrat hati nh nak pergi ke raudah untuk kunjungan kali ke dua.. tapi ada clash plk dengan rancangan ibu ku … huhu”.. tapi kataku pada kak kinah… “akk don’t wory nanti farhana akan g jugak kalo diizinkan Allah”Pada hari sabtu yang lalu ibu dan abah sibuk dengan urusan mereka sehinggakan tak jadi pula nak pergi ke rumah tok long pada hari sabtu itu.. apa lagi aku terus je hantar pesanan ringkas pada kak kinah mengatakan yang aku akan pergi ke raudah pada keesokan harinya…

Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku di Raudah.. tapi kali ini bukan sebagai pelawat tetapi sebagai tenaga pengajar.. hehe macam tak percaya pulak.. lebih kurang pukul 9.00 pagi aku tiba di sana.. mengikut perancangan kak aya iaitu isteri abang chik akan ajar masak pudding caramel pada pagi ni.. tapi masih belum sampai lagi.. jadi kelas ku bermula agak awal cikit… aku besama kak kinah menanti adik2 dan menuju ke pondok raudah… maka aku pun memulakan kelas dengan umul kitab Al-fatihah dan sesi taaruf.. melihat wajah-wajah ceria adik-adik yang begitu dahagan ilmu yang aku ajar ni.. bertambah semangat untuk mengajar… setelah itu aku perkenalkan topik mengajar ku pada pagi itu iaitu menjahit manik… maka adik-adik tersenyum membawa baju kesukaan mereka… gembiranya melihat mereka.. masng-masing berebut-rebut memilih manik yang bersesuaian dengan warna baju mereka…

“tenang sume… akk bawa sikit je nh manik.. jangan rebut-rebut.. meh akk pilihkan untuk korang ek..”

Suasana menjadi tenang kembali.. setelah 15 minit memperkenalkan apakah itu manik dan bahan2nya, kak aya pun tiba…

Ok semua jom kita pergi ke dapur… disana kak aya sudah menanti kita.. aku pun join sekali.. best nyer.. dapat belajar pudding caramel kak aya.. kak aya yang pemurah dengan senyuman nya itu apalagi rasa mesra dan rapat sangat dengannya sepanjang sesi pengajaran Puding Caramel.

“Wah.. kak aya macam tu rupanya cara masaknye ek..” kataku pada kak aya.. masaknya kejap je dan bahan nye pun mudah,, tapi satu je huhu aku mungkin tak sempat nak merasakan pudding caramel tu. Kerana menurut kak Aya selepas selesai kukus puding itu kami perlu tunggu selama 6 jam untuk mendapatkan hasil yang baik. Huhu.. namun aku beryukur sangat sebab dapat juga peluang untuk melihat cara membuat pudding caramel. Gembiranya, tak sabar nak buat untuk ibu dan abah.. adik-adik pun mesti suka.. nyum-nyum..(^_^)

Setelah selesai masa menunggu itu aku bersama-sama adik-adik meneruskan semula kelas menjahit manik kami..

“akk tahun nh saya nak menjahit manik kat baju raya saya lah..” akk saya nak jahit baju manik kat mak saya..” akk saya rasa leceh lah kan nak jahit manik nh…” akk saya x nak tunjukkan pada akk jahitan saya”….

Suara adik-adik bersilih ganti meriuhkan suasana di raudah.. aku tersenyum dan sekali-sekala membalas pertanyaan mereka.. kadang-kadang rasa geli hati melihat telatah adik-adik yang baru hendak mengenal erti hidup ini.. sambil-sambil itu aku selitkan beberapa pengisian dan berkongsi pengalaman bersama mereka.. Alhamdulillah bersyukurnya aku dalam aku memberi aku juga menerima sesuatu yang amat bernilai sepanjang berada di raudah..

Lihat adik-adik.. ada yang mengatakan jahit manik ini Nampak senang bukan.. tapi bila menjahit nya sendiri tidak kah ianya sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik dan berkualiti.. pelbagai keluhan akk dengar =)

Begitulah ianya diibaratkan dengan hidup kita.. kalo akk ceritakan mengenai sebuah kehidupan bukankah ianya indah dan Nampak manis.. tetapi diri sendiri yang hendak melalui kehidupan itu penuh dengan ujian dari Allah.. kadang-kadang kita boleh jatuh tersungkur jika tidak ada panduan yang betul dan juga tidak sabar... Adakah kita mahu tersungkur selama-lamanya?? Atau kita bangun semula menjadi insan yang berkualiti duniawi dan ukhrawi?? Tepuk dada Tanya iman adik-adik ye..

Setelah selesai kelas menjahit, kami makan tengah hari bersama-sama.. dalam talam berlaukkan sayur, ikan goreng, sardin dan juga sambal.. Alhamdulillah berseleranya aku makan hari tu.. sedap sangat… aku makan bersama seorang adik nh.. aku melihatnya tak bermaya untuk makan.. aku pun pelik…

“Adik.. kenapa macam tak berselera nh.. makan lah sardin nh…” kataku pada adik A***

“takpelah akk.. semalam saya dah makan sardin.. saya cepat jemu sikit akk..” jawab adik A***

“ooo macam itu ke.. makanlah lauk ikan nh..” kataku memujuknye..

Pesanan ku pada adik-adik.. janganlah cepat jemu.. bersyukurlah kita sentiasa pada setiap rezeki pemberian dariNya.. janganlah kita jadi hambaNya yang kufur akan nikmat yang diberi Allah.. Allah akan murka dan akan menarik kembali nikmat yang ada pada hambaNya yang tidak tahu bersyukur itu. Cuba kita fikirkan semula orang-orang yang daif dan miskin yang perlu menhitung hari untuk mendapatkan sebutir nasi.. tidakkah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.. makanlah wahai adikku sayang…

Azan zohor memecahkan suasana sepi kami.. adik-adik berlari-lari menuju ke tandas menyiapkan diri untuk solat berjemaah..

“ kak ana.. kami tunggu akk di pondok ye.. akk jadi imam arinh.. hehe” kata adik W***

“Nape plk akk.. akk nak juga rasa adik jadi imamnye..” aku membalasnya dengan senyuman…

“huhu mana boleh akk.. setiap tetamu yang jarang datang di raudah mesti jadi imam kami.. jadi akk kene jadilah hihihi” balas adik M***

“Ok2.. tunggu jap akk datang nanti.. korang g dulu” kataku.

5 minit kemudian adik-adik sabar menunggu ku.. aku melihat mereka sembahyang sunat zohor.. Alhamdulillah syukurnya aku tengok.. (adik-adik di raudah mempunyai latar belakang dan sejarah hitam yang berbeza) setelah selesai aku menjadi imam solat zohor aku memeluk erat setiap seorang adik-adik yang ada di situ.. rasa sebak di hati ni..tazkirah zohor menyusuri sesudah selesai melaksanakan solat fardhu zohor itu.. aku tidak melepaskan peluang untuk memberi sebanyak mungkin perkongsian ilmu pada mereka.. namun aku tidak dapat lama berada disitu.. selepas setengah jam berlalu aku terpaksa mengundur diri untuk pulang kerana hari sudah hendak hujan.. dan kak kinah menghantar pesanan ringkas bahawa kak kina tak dapat menghantar aku balik sepertimana yang dirancangkan disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan.. Aku bergegas menuju di persimpangan jalan menunggu bas.. untuk pulang dan buat pertama kalinya aku menaiki bas di kawasan itu.. namun aku yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama ku.. aku memberanikan diri melangkah pulang… Alhamdulillah perjalanan pulang lancer dan aku selamat tiba di rumah sebelum menjelang senja.. =)

2 comments:

lillah أم هريرة on August 14, 2009 at 10:03 PM said...

huhu... best nyer dpt gi raudhah...

ala... rindu la dgn adik2 tu,..

em..

kak na..


bahagia itu bila membahagiakan...

ceria-ceria selalu.. lebarkan senyuman... luaskan kasih sayang...

hargailah kehidupan dengan sayang dan cinta... kita akan bahagia selagi org di sisi kita bahagia...

huhu

alhamdulillah gembira melihat cik kak na kita ni dah kembali ceria2...

akak... nk ucapkan tahniah sempena konvo ni... da grad da...

:)

lillah أم هريرة on August 14, 2009 at 10:04 PM said...

harap sgt2 supya akk dpt keje dkt2 ngan area utara ni.. supya dpt salu g usm n raudah..

hehehe

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template