Friday, September 11, 2009

Pertemuan yang indah =)


Pertemuan sesuatu yang indah.. sesuatu yang sangat menyentuh hati dan kadang kala boleh membuatkan hati tersenyum dan ketawa seorang diri.. pertemuan tidak kiralah dengan manusia atau benda mahupun perkara yang ganjil semestinya boleh mencuit hati.

Kadang-kadang pertemuan ini datang sendiri tanpa diundang atau dipaksa.. dan ada juga kita mencari supaya wujudnya pertemuan itu. Umpama sebutir permata yang tersembunyi dan yang ingin kita miliki… kita akan mencari dan mengharapkan kita bertemu dengan permata tersebut. Sejauh mana kita menghargai pertemuan tersebut.. tepuk dada tanyalah diri..?? fikir -fikir sendiri...

Saya mencuit hati apabila mengenangkan seorang sahabat dimana pertemuan dengan nya tidak dingini tetapi muncul dan datang sendiri tanpa diundang. Sahabat itu pula adalah sahabat yang pelik yang tidak saya kenali.. namun usahanya untuk mendekati diri berulangkali.. menurutnya dia orang yang sakit, sudah pasti mempunyai penyakit dan tidak akan hidup lama didunia ini. Saya tidak kisah.. dalam hati ingin mengenali siapakah orangnya. Buat pertama kali saya berjumpa dengan seseorang yang pelik yang sentiasa memberitahu akan segala keburukan dirinya namun jauh di sudut hati saya merasakan dia seorang yang jujur.. namun rasa waspada sentiasa tersimpan dalam hati. Bukanlah hendak bersangka buruk tetapi untuk keselamatan diri sendiri.. subahanallah.. Allah mengetahui segala yang tersembunyi.. saya doakan semoga beliau sihat sentiasa walaupun tidak saya kenali.

Pertemuan sesuatu yang indah dimana jika kita menghargai kehadiran pertemuan itu. Pertemuan yang tidak disia-siakan pasti akan kekal dalam hati dan sanubari.. saya begitu bersyukur kehadrat illahi kerana berpeluang bertemu dengan abang saya yang berada di Kuala Lumpur minggu lalu.. pertemuan dengannya sungguh bermakna pada kali ini.. abang saya yang digelar sebagai along kerana merupakan abang yang sulung telah memperkenalkan kepada saya mengenai satu buku yang berjudul TRAVELOG HAJI MENGUBAH SEMPADAN IMAN.. karangan PROF, DR MUHD KAMIL IBRAHIM.

Bagi saya buku itu merupakan satu buku yang sangat menyentuh hati. Mungkin ramai yang pelik dan hairan.. aik nak pergi haji ke… kata salah seorang kawan saya.. ya.. saya memang hendak pergi menunaikan fardhu haji. Beberapa tahun yang lalu saya pernah berhasrat ingin menunaikan fardhu haji tapi ianya sekadar melafazkan dimulut sahaja. Tetapi pada kali ini keinginan saya datang dari hati.. astagfirullah.. saya merasainya.. Benar kata penulis tidak semua orang mempunyai keinginan untuk menunaikan fardhu haji walaupun ia adalah dalam kalangan orang yang mampu.. perasaan itu datang sendiri.. berderau hati saya membaca kisah-kisah di Tanah Haram.. plot penceritaan yang ditulis oleh Prof sangat mudah dibaca, ringkas dan bersahaja.. saya boleh membaca nya di atas bas.. kerana penulisannya yang mengasyikkan bagi pembacaan saya.. saya tidak sedar saya boleh membaca buku itu diatas bas semasa perjalanan pulang ke Kampung Halaman di Kedah.. hal ini sangat menghairankan kakak ipar.. kerana sebelum ini saya sememangnya tidak boleh membaca sebarang buku didalam kenderaan.. tetapi kali ini tidak. Emm.. mungkin disebabkan saya ingin tahu kisah-kisah yang terjadi di tanah haram dengan tidak sabar untuk menghabiskan bacaan.. ya Allah bersyukur nya saya dapat pulang ke Kuala Lumpur walaupun sehari semalam.. dalam kesempatan itu ada beberapa buah buku yang lain turut saya pinjam dengan along yang baik hati ini.. terima kasih along.. ya Allah , semoga Allah memberikan kecukupan wang, kesihatan yang baik dan kelapangan untuk saya dan keluarga menunaikan ibadat haji ini.. jom kita tanamkan azam mulai saat ini.. =)

Dalam buku ini saya tertarik kerana wujudnya pertemuan yang hadir dalam diri penulis.. iaitu bertemu dengan Hidayah Allah.. subahanallah.. sesungguhnya hidayah adalah hadiah kasih sayang yang sangat berharga daripada Allah kepada setiap hamba-hambaNya yang terpilih.. semoga kita dipilih oleh Nya, ditetapkan dalam hidayah Allah dan menjadi sumber hidayah kepada yang lain.. amen..

2 comments:

Nooreena on September 11, 2009 at 12:47 PM said...

Ana dah buka akaun Tabung Haji? Kawan rina kata, minimum amount yang perlu ada is RM1300. Insha-Allah giliran kita the next 10 years. Kalau ada rezeki, mungkin diawalkan. :)

farhana on September 12, 2009 at 9:27 PM said...

dah buka.. insyaAllah.. tapi x cukup amount lagi.. hehe tapi nak p jugak.. insyaAllah2... moga di awalkan.. kene doa dan doa lagi nh.. dan dalam masa yang sama kene usaha ke arah itu =)nak pergi tunaikan haji nh ibu ana kata bermula dari sebelum menunaikan haji lagi.. means usaha tingkatkan iman dan amal skrg bukan tunggu bila berada di sana nanti.. subahanallah..subahanallah

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template