Wednesday, September 9, 2009

Evolusi tempoh berduka

Subahanallah Alhamdulillah Allahuakhbar

“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?”

(Al-Rahman:36)

Tempoh berduka adalah sesuatu yang amat menyakitkan, memedihkan dan meletihkan.. saya percaya setiap orang pasti pernah mengalami saat-saat berduka dan bersedih hati. Mengikut pemikiran saya yang bukannya ahli sains atau pakar biologi merasakan bahawa perkara yang tidak diundang hadir dalam diri menyebabkan diri mengalami satu kejutan dan secara tidak langsung segala komponen dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Adakalanya seseorang yang mempunyai badan yang agak besar boleh menjadi kurus secara mendadak dalam masa yang singkat seperti orang yang berdiet pulak. Bukankah itu sesuatu yang menakjubkan. Apakah yang kita dapat lihat pada seseorang yang mengalami atau menghadapi saat berduka.. Saya berfikir terdapat beberapa golongan dalam tempoh berduka ini.

Pertama, dalam tempoh berduka ini kita dapat melihat sejauh mana tahap iman seseorang. Orang yang tidak kuat iman nya sudah pasti akan membuat tindakan yang tidak wajar dan bercanggah dengan agamanya.. misalnya ada yang ingin membunuh diri.. orang yang mudah melafazkan perkataan “saya ingin membunuh diri, tidak ada guna lagi saya hidup di dunia ini”. Kata-kata ini adalah orang yang tidak kuat pegangan agamanya malah iman nya sangat tipis.. (semoga kita dijauhkan dalam golongan ini..) astagfirullah…

Kedua, orang yang mengalami saat berduka dapat melihat sejauhmana tahap kekuatan diri dan ketabahan diri.. saya percaya saat awal mengalami tempoh berduka ada yang mengalami trauma, kemurungan diri, pengasingan diri malah ada juga yang suka berkongsi dengan keluarga dan sahabat karib. Oleh itu kita dapat melihat sejauhmana sahabat kita yang dikatakan sanggup bersusah dan bersenang bersama-sama. Saya rasa sesuatu yag sangat berharga kerana saya pernah mengalami saat tempoh berduka yang sangat panjang dan memberi kejutan dalam diri. Pada saat itu teman akrab dan keluarga tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk saya teruskan perjuangan dan kehidupan seperti biasa malah lebih baik dari itu. Saya dapat membezakan siapakah kawan-kawan saya yang penyabar dan boleh dikatakan sahabat sejati.. Alhamdulillah saya bersyukur padaNya tidak terhingga hampir kesemua sahabat-sahabat saya adalah sahabat yang sejati. Keluarga juga adalah keluarga yang sukar dicari dan diganti.. subahanallah.. subahanallah.. subahanallah..

Ketiga, apabila mengalami tempoh berduka ianya adalah tempoh seseorang itu mengalami satu proses pemikiran. Seseorang itu akan berfikir apa hikmah yang berlaku disebalik kejadian. Sudah pasti ada hikmahnya. Proses pemikiran ini mengambil masa yang lama dan panjang tetapi ada juga yang singkat. Jika pemikiran berpandukan dengan arah yang betul maka seseorang itu tidak sesat malah bertambah semakin hebat dan hebat.. subahanallah.. tetapi jika pemikiran itu adalah berdasarkan panduan yang salah mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan maka seseorang itu akan sesat dan akan bertambah teruk dan teruk. Nauzubillah..

Keempat seseorang yang berduka dan bersedih hati akan kembali pada yang menciptaNya.. rayuan dan doa ketika berasa down diajukan pada Allah swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang.. Allah mahukan kita mendekatinya.. sebab itu Allah memberi kita rasa berduka dan rasa bersedih hati.. kerana selama ini mungkin kita sudah banyak gembira dan kadang-kala sombong dengan Nya.. sombong untuk berdoa dan berbicara denganNya dari hati ke hati..astagfirullah.. Allah mahu kita cover balik iman kita.. selama ini kita berdoa hanyalah sekadar berdoa.. tetapi ketika berduka cara berdoa kita bertukar menjadi lain.. kita berdoa dengan sepenuh hati kita.. kita bangun solat sunat hajat, taubat, tahajud dan sebagainya.. malah hampir setiap hari.. kita merintih-rintih.. menangis –nangis.. kenapa dan kenapa??? Allah Knows My Dear ALLAH KNOWS.. Allah adalah segala-galanya.. Alah mahu jadikan kita yang terbaik disisiNya.. dan yang istimewa..

Kita dapat merasakan nikmat yang Allah berikan saat kita berduka yang tidak terhingga.. kemanisan iman terasa yang amat sangat.. subahanallah.. moga Allah kekalkan perasaan itu sampai bila-bila.. mohonlah padaNya sentiasa.. janganlah jemu dan putus asa denganNya.. saya dapat rasakan semasa saya berduka satu persatu hikmah yang saya nampak daripadanya.. syukur Alhamdulillah.. tangisan bukan lagi disebabkan oleh keadaan berduka yang lalu tetapi kerana hadirnya rasa bertuhan dalam hati.. ya Allah aku mohon keampuanan Mu… astagfirullah…

1 comments:

Ana FyruZ on September 10, 2009 at 12:23 AM said...

i love the way you sharing your best moment..
ALLAH knows..yes.. ALLAH knows everything.. =)

subhanaALLAH ALLAH loves u so much !!!

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template