Friday, September 4, 2009

Jadikanlah hari-hari kita penuh dengan keberkatan...



Memikirkan kebahagiaan bererti Memikirkan Apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti.

Dan sampai batas tertentu, Berfikir terlalu jauh itu boleh Mengusik Kebahagiaan itu sendiri..

Alhamdulillah dapat jua menghadirkan diri ke Uzlah Tazkiyah Ramadhan kali ini. Mencari cinta Illahi tidak boleh diikutkan kata hati..perlu juga melapangkan diri walau masa terluang sukar dicari..tetapi sebenarnya ada namun tak nampak oleh fikiran sendiri kerana sayang akan duniawi.. bilakah masa yang boleh diluangkan untuk ukhrawi.. korbankanlah sedikit masa duniawi untuk kebahagiaan hakiki.. disana menanti syurga yang abadi..

Pada subuh hari menanti fajar terbit di kemudian hari.. melihat alunan ombak dan mendengar kicauan burung yang bernyanyi-nyanyai.. subahanaAllah nyaman dan bahagia sekali..

Sesudah solat subuh alangkah tenangnya hati berdoa dan berzikir memuji illahi..

ya Allah.. berikanlah aku hari yang indah hari ini, hari yang baik penuh dengan keberkatan Mu, hari yang berbahagia serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan dan keberuntungan.

ya Allah berikanlah aku hari yang rezeki berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, hari yang tiada keruhan didalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan..

Dari Allah lah kebahagiaan yang dipinta.
Dari Allah lah rezeki yang diharapkan.
Dari Allah lah kebaikan yang diharapkan.

Janganlah kita hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu kita selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu kita untuk berusaha memeperbaiki segala sesuatu yang mampu kita perbaiki.

Semoga hari-hari yang dilalui penuh dengan keberkatan Illahi...

1 comments:

Ana FyruZ on September 7, 2009 at 7:52 AM said...

:)
i like this..

Terasa nk menulis smthing.. but not now.. later.. hehe:)

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template