Wednesday, October 28, 2009

Dilema seorang gadis...




Apakah seorang perempuan lebih baik hidup selamanya tanpa seorang suami @ dia terpaksa mengalah daripada sebahagian hak-haknya untuk berkahwin?



Pada pendapat saya seorang perempuan lebih baik hidup berkeluarga iaitu mempunyai suami. Dan tidak lah pula dia terpaksa mengalah daripada sebahagian hak-haknya untuk berkahwin. Berkahwin itu satu tuntutan dalam agama Islam. Manusia telah diciptakan berpasang-pasangan. Semua kejadian Allah, telah diciptakan berpasang-pasangan. Contohnya lembu jantan dengan lembu betina, putih dengan hitam, Adam dan Hawa. Dan itu adalah fitrah manusia itu saling kasih-mengasihi.


“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.”(ar Rum:21)

“ Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.” (al Baqarah:187)

Tidak boleh lah kita menolak fitrah manusia yang telah ditetapkan Allah. Jika sesebuah perkahwinan itu boleh memudaratkan seorang wanita misalnya suami tidak memberi nafkah zahir dan batin adalah lebih baik wanita tidak berkahwin. Hal ini kerana apabila berkahwin, perkahwinan itu mendatangkan derita dan sengsara pada isteri. Seorang suami tidak boleh melakukan kekasaran pada isterinya samada berbentuk fizikal atau spiritual. Hendaklah suami bergaul baik dan mesra pada isterinya.

Firman Allah SWT :
“Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya.”(an Nur : 33)

Hubungan di antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik, malah dari ungkapan kata-kata al Qur’an itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.

Islam memberi segala perhatian dan jaminannya kepada rumahtangga ini sebagai tempat pertemuan keluarga. Oleh itu banyak ayat-ayat al Qur’an jika diteliti, jelas menghubungkan persoalan keluarga itu secara langsung kepada Allah. Hal ini menggambarkan betapa besarnya kedudukan keluarga dalam sistem Islam dan betapa tingginya nilai keluarga di sisi Allah swt. Dia telah mengumpulkan di antara taqwa kepada Allah dengan taqwa dalam hubungan rahim.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan darinya Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (an Nisa’ :1)

Islam menamakan perkahwinan itu sebagai ‘Ihsan’ atau langkah pemeliharaan dan kawalan diri, dan dengan itu tersematlah di dalam hati orang-orang Mu’min bahawa hidup tanpa kahwin atau tanpa kawalan diri itu, walaupun dalam masa yang singkat, tidak mendapat keredhaan Allah. Ujar al Imam Ali Karramallahu wajhahhu apabila beliau segera berkahwin selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah puteri Rasulullah s.a.w; “Aku takut menemui Allah dengan keadaan bujang.” Kerana perkahwinan dalam adat resam orang-orang yang beriman termasuk dalam amalan-amalan keta’atan untuk mendampingkan diri kepada Allah dan meningkatkan dirinya ke mertabat yang suci.

Yang menjadi pokok pangkal dalam hubungan perkahwinan ialah kemantapan hidup dan kelanjutannya, kerana itu Islam mengawal hubungan ini dengan segala jaminan yang boleh menjaminkan kemantapan hubungan itu dan kelanjutannya.

Untuk mencapai matlamat ini Islam mengangkatkan hubungan perkahwinan ke taraf amalan-amalan keta’atan kepada Allah dan memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin lelaki dan perempuan dari wang negara untuk membolehkan mereka mendirikan rumahtangga.

Berkahwin itu perintah Allah dan sunnah nabi. Daripada berkahwin kita dapat menjaga diri kita daripada melakukan maksiat dan dapat mengamalkan sunnah nabi. Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku maka bukan dari golongan aku.”

Sabda Rasulullah s.a.w:
“wahai golongan pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mempunyai perbelanjaan (kemampuan) hendaklah berkahwin, kerana perkahwinan dapat menutup mata dan mengawal kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa dapat melemahkan runtutan nafsu.”

Dalam sunnah ada kejayaan. InsyaAllah kamu akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan jua akhirat.. wallahualam

nuril_lail86@yahoo.com.my

2 comments:

Ana FyruZ on October 29, 2009 at 5:50 AM said...

humm..ilmu2 =)

Muhammad Redhuwan Zakaria on December 26, 2009 at 8:36 PM said...

salam..menarik, banyak mutiara-mutiara yang dapat dikutip dari penulisan ini, teruskan menulis, moga ianya memberi manfaat pada yang membacanya.insyaAllah

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template