Saturday, March 21, 2009

Wahai muslimah jaga lah dirimu…


Perjalanan ke rumah atok ku di Kuala Lumpur membuatkan hati ku gembira dan terasa kangan sama dengan family di sana. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam itu selamat tiba di destinasi pada pukul 2.00 a.m. Abah ku sempat menyinggah sebentar di corner kampong baru menikmati satay dengan air tea’o panas pada malam itu. Sedapnye… hehe, Hujan renyai-renyai membuatkan suasana sangat sejuk dan aku menyangkakan bahawa pengunjung sudah berkurangan.

Tapi sangkaan ku meleset. Aku melihat bermacam-macam ragam manusia. Di tempat tinggal ku memang susah hendak melihat remaja atau gadis yang merokok tapi di kedai itu bukan saja anak muda lelaki, perempuan pun sudah tidak malu lagi untuk merokok. Sudah tidak ada perasaan malu dalam diri.

Ya Allah.. dahsyat dan mengerikan pada malam itu. Toleh kanan dah Nampak, toleh kiri pun Nampak. X perlu toleh-toleh lagi depan mata pun ada. Kami sekeluarga pada malam itu teringin sangat nak makan satay, maka pergilah kami ke satu gerai makan nh. Tempat macam dah penuh, kami tercari-cari meja yang kosong. Hanya satu saje tempat yang tak da orang dan terlindung dari ujan. Tapi aku agak keberatan hendak duduk di meja makan itu, sebabnya di belakang meja itu ada anak-anak lelaki remaja yang melepak. Aku lihat abah dan ibu ku sudah pergi menuju ke meja itu, arghhh.. kene pergi jugak lah nak ke x nak. Aku pun duduk menghadap ke arah gerai makan. Disitu terdapat lagi gerai-gerai kecil yang lain. Aku hairan kenapalah banyak sangat asap di tempat tu. Aku pun pelik sebabnye asap tu bukan nye sikit2 sekali datang ha… macam asap lori rasanya.

Ya Allah.. patutlah baru aku perasan lepas tu, yang sebenarnya asap tu bukannye asap rokok tapi asap sisha. Herm.. aku kaget. Huhu.. pelayan di situ merupakan seorang tomboy..boleh dikatakan aku seperti berada dalam cerita2 dalam tv yang selama ini aku x menyangka bahawa aku akan hadapi keadaan itu. Saat itu aku dan family aku yang boleh dikatakan agak skema ni.. mula mcam x berapa selesa. Alamak.. abah aku mula bertanya soalan pada salah seorang pelayan disitu.

Apa yang mereka hisap tu? Tanya abah.. ooo pakcik mereka tu hisap sisha. Ada macam2 perisa.. strawbwery ada, coklat ada dan macam2 lagilah.. sedap.. kata pelayan tu.. aaaaaaaaa nauzubillah.. aku dah tahu sebenarnya benda nh. Tapi abah mcm saje je bwt2 x tahu. Aku dan adkku mula rasa x senang hati.. huhu bila lah nak balik nh.. aku bermonolog seketika sambil menunggu ketibaan satay.

Ya Allah .. apakah keadaan insan pada hari ini? Adakah akan kembali ke zaman jahiliyah.. aku lihat anak2 gadis yang sudah tidak kisah bersentuhan dengan yang bukan mahram, bergaul mesra seperti pasangan suami isteri, berpakaian masyaAllah.. x terkata lagi untuk aku lafazkan, nauzubillah aku hanya mampu berdoa, semoga mereka mendapat hidayah Allah dan aku juga sentiasa dalam hidayah Allah. Aku sangat bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang masih lagi kuat pada pegangan agama. Aku teringat akan cerita2 yang aku baca semalam. Kepiluan hati Rasulullah melihat wanita diseksa.

Ketika Rasulullah diisra’kan ke atas langit, Baginda telah melihat keadaan orang-orang yang diseksa, itulah sebabnya bila Baginda mengenangkan siksaan terhadap wanita2 itu Baginda menangis. 9 jenis seksaan bagi kaum wanita antaranya ialah:

1. Orang perempuan yang digantung rambutnya, kerana mereka tidak mahu menutupi rambut daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.

3. Orang perempuan yang digantung buah dadanya adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar ruamh tanpa mendapat izin suaminya dan tidak mandi wajib setelah habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyurkan dirinya dalam kalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang di pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ular dank ala jengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi, badannya pula seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.


9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.


Ya Allah sampai begitu sekali azab yang akan diterima oleh seorang wanita jika melakukan perkara2 kemungkaran ini. Aku berdoa kepadaMu ya Allah agar aku terlindung dari segala fitnah dunia dan kemungkaran Mu.. semoga wanita2 yang aku lihat ini juga mendapat hidayah daripadaMu… ya Rabb..ameen…





2 comments:

Ana FyruZ on March 26, 2009 at 6:24 AM said...

salam kak na... Waah..dah ada blog huhu.. Hmm mesti citer best2 tau..Kesian kawan saya tu, dia slalu nangis..kena hepi2kan dia tau. InsyaALLAh dengan artikel2 kak na nnti ia akan mengembirkan semua orang. Bukan ke nama kak na = kegembiraan.
hmm suka ler tue.. :P

ok..tata..itu sahaja..=)
nk jelir lidah plak..=P

farhana on March 26, 2009 at 7:28 AM said...

wslm... time kasih adk fyruz=) insyaAllah.. kegembiraan dan kesedihan semuanya dtg dr Allah.. menangis selalu pun bagus jugak 2.. hihi..dekattt je dgn Allah..=) tp jangan kerap sgt tau.. blh effect pd mata plk.. hehe.. apa2 pun smg sume dpt manfaat dr blog yang x seberapa nh.. maceh ye atas tunjuk ajr cik adk yg disyangi..=P

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template