Salam buat teman yang kusayangi,
Malam yg penuh sunyi dan syahdu bagiku.. membuat kan aku terkenang kembali teman sewaktu di sekolah dahulu. Rasanya semenjak masuk u sudah agak jarang aku berhubung dengan kalian dan ini telah membuatkan hubungan kita yang dahulunya sangat rapat, kini kian jauh. Aku rasa sangat rindu dengan kamu semua… wahai teman ku.
Aku rindu bertemu denganmu
Aku rindu ukhuwah kita yang dahulunya sangat rapat bagaikan adik beradik (bagaikan air yang dicincang tidak akan putus)
Aku rindu gelak tawa kita bersama
Aku rindu kongsi suka duka kita bersama
Aku rindu usikan kita bersama
Aku rindu segala2nya yang kita lakukan bersama
Aku mohon maaf pada kalian jika dengan kesibukan aku di u ini membuat hubungan kita tahun demi tahun terasa agak jauh dan tidak seperti dahulu lagi. Maaf kan ku teman jika aku melukai mu..
Temanku..
Aku dahulunya menjadikan kau sebagai inspirasi untukku Berjaya.. kerana antara kita, kalian lah yang aku suka bersama dan berkongsi rahsia.. kalianlah tempat aku meluahkan rasa.. dan kalian juga lah yang membuatkan aku terus bersemangat untuk jadi yang terbaik seperti kalian. Dan setiap kali aku ada masalah aku akan minta pandangan kalian... tp kini kita sudah berubah.. .kita sudah tidak sependapat seperti dahulu.. aku melihat engkau sudah lain.. tidak seperti aku kenali ketika pertama kali dahulu… tp teman aku pasti dan yakin kita masih lagi sehaluan iaitu kita mencari cintaNya.. kita mencari keredhaanNya.. kita mencari kemanisan cintaNya..
Aku bersyukur kerana mengenali mu.. aku bersyukur kerana aku pernah mempunyai teman seperti mu.. aku bersyukur kerana aku dapat mempelajari banyak perkara dr mu.. aku bersyukur krn aku dapat merasai nikmat mempunyai sorg teman yg baik seperti mu..aku sangat menyangimu wahai teman..
Ya Allah.. mengalir air mataku pada malam ini bila aku merasa kan diri ku ini kejam dan jahat kerana aku tidak mempedulikan engkau satu ketika. Aku sibuk dengan kehidupan belajar ku, berpersatuan.. dan aku sibuk dengan teman2 ku di u membuatkan aku jarang berhubung dengan mu, teman.. Yang menyebabkan hubungan kita terputus seketika.. aku telah sedaya upaya tidak melukai hati mu.. tp aku tidak mampu.. aku lemah.. aku mohon kemaafan dari Mu Tuhan.. maafkan ku wahai teman jika aku melukai hati mu.. aku berdosa kerana aku terkadang terlupa untuk mengingati mu ketika engkau leka.. aku berdosa kerana tidak menegurmu ketika engkau alpa dengan dunia.. aku mohon maaf pada mu teman.. aku kekadang tidak mampu untuk melafazkan kata2 mahupun menegurmu.. kerana aku sangat menyanyagimu.. aku tidak mahu engkau kecewa.. aku tidak mahu engkau terluka.. aku sentiasa berharap agar engkau mengerti.. tapi aku salah.. rupa2nya engkau menunggu aku bersuara.. engkau menanti ku menegur mu.. aku juga mengharapkan engkau menegur ku wahai teman..
Teman izinkan aku menjadi teman yang terbaik buat kalian..Teman aku sangat menyanyagi mu.. sepertimana waktu aku kenali mu ketika pertama kali dahulu.. kau lah yang membangkitkan inspirasi ku untuk bangun semula dikala aku jatuh.. dikala aku tidak mampu jadi seperti kalian.. terima kasih temanku.. aku sentiasa mengingati mu dan aku mohon pada Allah selalu mg Allah mengampunkan dosa2 ku dan kalian.. sma2 kita mencari keredhaanNya.. sama2 kita mengintai ketenangan diantara kekalutan..kerana keinginan tidak pernah kesampaian. Marilah kita membangkit semula meneruskan baki perjalanan.. wahai teman ingatlah Tuhan kerana itulah yang menjadikan kita sedar siapa diri kita dan kita sedar akan segala tindakan kita.. kita sedar kita memerlukan Allah dalam hidup kita.. dan kita sedar kematian bakal menjemput kita..
Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjukNya pada kita semua.. ameen..
0 comments:
Post a Comment