Kepiluan hati ini.. tiada siapa yang tahu melainkan engkau ya Allah..
aku sedih dan pilu setiap kali sahabat ku menitiskan air mata..
aku sedih dan pilu dikala aku tahu tapi tidak dapat berbuat apa2..
aku sedih dan pilu kerana aku terpaksa sembunyikan kata2..
aku sedih dan pilu kerana kekadang aku tunjuk kan perasaaan ku yang entah apa..
aku sedih dan sakit ya Allah dikala sahabat ku sedih dengan tingkah laku ku..
aku benci akan diriku ini kerana terpaksa melakukan begitu di hadapan mu..
ya Allah ampunkan aku.. aku mahu terus bersama dengan ukhuwah ini..
kemesraan yang terjalin selama ini aku amat hargai akan pemberian Mu YA Allah..
aku mahu jadi sahabat yang sejati buat teman2 seperjuangan ku..
aku mahu jadi yang terbaik buat mereka..
aku gembira dikala mereka gembira dan aku teramat pilu dikala mereka derita…
ya Allah berikanlah yang terbaik buat teman2 ku dan yang terbaik buat diriku..
tutupilah segala keaiban kami ya Allah.. peliharalah kami dalam rahmat Mu.. dan peliharalah ukhuwah kami ya Allah..
jika kita terlalu rapat kekadang perkara yang remeh juga akan timbulkan pergaduhan..
adakalanya manis juga jika kita berjauhan seketika..
manis juga jika kita bersengketa seketika..
tp janganlah kamu mudah terasa dengan sikap ku.. yang kadang kala tidak menentu dan tidak dapat aku ungkapkan pada mu..
janganlah kamu melarikan diri dariku..
ya Allah hati ku sedih … dan sangat sakit disaat aku menghampakan harapan teman-teman ku..=’(
namun aku tahu kesedihan ini membawa erti yang amat bermakna buat diriku dan kalian..
semoga kita tetap bersatu.. walaupun jauh beribu batu.
Akan ku ingat sehingga ke anak cucu.. ukhuwah kita yang dahulu indah semanis madu…=`)
moga berterusan selama-lamanya...
aku doakan yang terbaik buat kalian semua...
0 comments:
Post a Comment