Monday, August 10, 2009

Jalinan kasih di raudah=)


“Assalamualaikum farhana hujung minggu nh boleh tak datang ke raudah…” kak kinah menyampaikan hasratnya melalui telefon bersama gelak ketawanya yang kecil… hehe… aku tersenyum je =) dalam hati ku… “mmm mmg hasrat hati nh nak pergi ke raudah untuk kunjungan kali ke dua.. tapi ada clash plk dengan rancangan ibu ku … huhu”.. tapi kataku pada kak kinah… “akk don’t wory nanti farhana akan g jugak kalo diizinkan Allah”Pada hari sabtu yang lalu ibu dan abah sibuk dengan urusan mereka sehinggakan tak jadi pula nak pergi ke rumah tok long pada hari sabtu itu.. apa lagi aku terus je hantar pesanan ringkas pada kak kinah mengatakan yang aku akan pergi ke raudah pada keesokan harinya…

Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku di Raudah.. tapi kali ini bukan sebagai pelawat tetapi sebagai tenaga pengajar.. hehe macam tak percaya pulak.. lebih kurang pukul 9.00 pagi aku tiba di sana.. mengikut perancangan kak aya iaitu isteri abang chik akan ajar masak pudding caramel pada pagi ni.. tapi masih belum sampai lagi.. jadi kelas ku bermula agak awal cikit… aku besama kak kinah menanti adik2 dan menuju ke pondok raudah… maka aku pun memulakan kelas dengan umul kitab Al-fatihah dan sesi taaruf.. melihat wajah-wajah ceria adik-adik yang begitu dahagan ilmu yang aku ajar ni.. bertambah semangat untuk mengajar… setelah itu aku perkenalkan topik mengajar ku pada pagi itu iaitu menjahit manik… maka adik-adik tersenyum membawa baju kesukaan mereka… gembiranya melihat mereka.. masng-masing berebut-rebut memilih manik yang bersesuaian dengan warna baju mereka…

“tenang sume… akk bawa sikit je nh manik.. jangan rebut-rebut.. meh akk pilihkan untuk korang ek..”

Suasana menjadi tenang kembali.. setelah 15 minit memperkenalkan apakah itu manik dan bahan2nya, kak aya pun tiba…

Ok semua jom kita pergi ke dapur… disana kak aya sudah menanti kita.. aku pun join sekali.. best nyer.. dapat belajar pudding caramel kak aya.. kak aya yang pemurah dengan senyuman nya itu apalagi rasa mesra dan rapat sangat dengannya sepanjang sesi pengajaran Puding Caramel.

“Wah.. kak aya macam tu rupanya cara masaknye ek..” kataku pada kak aya.. masaknya kejap je dan bahan nye pun mudah,, tapi satu je huhu aku mungkin tak sempat nak merasakan pudding caramel tu. Kerana menurut kak Aya selepas selesai kukus puding itu kami perlu tunggu selama 6 jam untuk mendapatkan hasil yang baik. Huhu.. namun aku beryukur sangat sebab dapat juga peluang untuk melihat cara membuat pudding caramel. Gembiranya, tak sabar nak buat untuk ibu dan abah.. adik-adik pun mesti suka.. nyum-nyum..(^_^)

Setelah selesai masa menunggu itu aku bersama-sama adik-adik meneruskan semula kelas menjahit manik kami..

“akk tahun nh saya nak menjahit manik kat baju raya saya lah..” akk saya nak jahit baju manik kat mak saya..” akk saya rasa leceh lah kan nak jahit manik nh…” akk saya x nak tunjukkan pada akk jahitan saya”….

Suara adik-adik bersilih ganti meriuhkan suasana di raudah.. aku tersenyum dan sekali-sekala membalas pertanyaan mereka.. kadang-kadang rasa geli hati melihat telatah adik-adik yang baru hendak mengenal erti hidup ini.. sambil-sambil itu aku selitkan beberapa pengisian dan berkongsi pengalaman bersama mereka.. Alhamdulillah bersyukurnya aku dalam aku memberi aku juga menerima sesuatu yang amat bernilai sepanjang berada di raudah..

Lihat adik-adik.. ada yang mengatakan jahit manik ini Nampak senang bukan.. tapi bila menjahit nya sendiri tidak kah ianya sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik dan berkualiti.. pelbagai keluhan akk dengar =)

Begitulah ianya diibaratkan dengan hidup kita.. kalo akk ceritakan mengenai sebuah kehidupan bukankah ianya indah dan Nampak manis.. tetapi diri sendiri yang hendak melalui kehidupan itu penuh dengan ujian dari Allah.. kadang-kadang kita boleh jatuh tersungkur jika tidak ada panduan yang betul dan juga tidak sabar... Adakah kita mahu tersungkur selama-lamanya?? Atau kita bangun semula menjadi insan yang berkualiti duniawi dan ukhrawi?? Tepuk dada Tanya iman adik-adik ye..

Setelah selesai kelas menjahit, kami makan tengah hari bersama-sama.. dalam talam berlaukkan sayur, ikan goreng, sardin dan juga sambal.. Alhamdulillah berseleranya aku makan hari tu.. sedap sangat… aku makan bersama seorang adik nh.. aku melihatnya tak bermaya untuk makan.. aku pun pelik…

“Adik.. kenapa macam tak berselera nh.. makan lah sardin nh…” kataku pada adik A***

“takpelah akk.. semalam saya dah makan sardin.. saya cepat jemu sikit akk..” jawab adik A***

“ooo macam itu ke.. makanlah lauk ikan nh..” kataku memujuknye..

Pesanan ku pada adik-adik.. janganlah cepat jemu.. bersyukurlah kita sentiasa pada setiap rezeki pemberian dariNya.. janganlah kita jadi hambaNya yang kufur akan nikmat yang diberi Allah.. Allah akan murka dan akan menarik kembali nikmat yang ada pada hambaNya yang tidak tahu bersyukur itu. Cuba kita fikirkan semula orang-orang yang daif dan miskin yang perlu menhitung hari untuk mendapatkan sebutir nasi.. tidakkah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.. makanlah wahai adikku sayang…

Azan zohor memecahkan suasana sepi kami.. adik-adik berlari-lari menuju ke tandas menyiapkan diri untuk solat berjemaah..

“ kak ana.. kami tunggu akk di pondok ye.. akk jadi imam arinh.. hehe” kata adik W***

“Nape plk akk.. akk nak juga rasa adik jadi imamnye..” aku membalasnya dengan senyuman…

“huhu mana boleh akk.. setiap tetamu yang jarang datang di raudah mesti jadi imam kami.. jadi akk kene jadilah hihihi” balas adik M***

“Ok2.. tunggu jap akk datang nanti.. korang g dulu” kataku.

5 minit kemudian adik-adik sabar menunggu ku.. aku melihat mereka sembahyang sunat zohor.. Alhamdulillah syukurnya aku tengok.. (adik-adik di raudah mempunyai latar belakang dan sejarah hitam yang berbeza) setelah selesai aku menjadi imam solat zohor aku memeluk erat setiap seorang adik-adik yang ada di situ.. rasa sebak di hati ni..tazkirah zohor menyusuri sesudah selesai melaksanakan solat fardhu zohor itu.. aku tidak melepaskan peluang untuk memberi sebanyak mungkin perkongsian ilmu pada mereka.. namun aku tidak dapat lama berada disitu.. selepas setengah jam berlalu aku terpaksa mengundur diri untuk pulang kerana hari sudah hendak hujan.. dan kak kinah menghantar pesanan ringkas bahawa kak kina tak dapat menghantar aku balik sepertimana yang dirancangkan disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan.. Aku bergegas menuju di persimpangan jalan menunggu bas.. untuk pulang dan buat pertama kalinya aku menaiki bas di kawasan itu.. namun aku yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama ku.. aku memberanikan diri melangkah pulang… Alhamdulillah perjalanan pulang lancer dan aku selamat tiba di rumah sebelum menjelang senja.. =)
Continue Reading...

Saturday, August 8, 2009

kisah si semut hitam part 2 (^^,)

Emm.. penantian adk2 kakna yang sabar ini, atas sebab I2 kakna persembahkan buat kalian kisah si semut hitam edisi keduanya..(^^,)

Pada malam itu si semut hitam tidak lagi menangis akan tetapi si semut hitam.. tido awal.. pukul 9.00 malam lepas waktu isyak tu si semut hitam dah mula tido.. si semut hitam nh selalu agak penakut sikit jadi sebelum tido dia akan baca mcm-mcm doa.. antaranya doa 3 QUL.. dan membaca tasbih Fatimah. Oleh sebab itu si Semut hitam akan pastikan jasad nya bersih dari segala kotoran.. ( kene amek wuduk tau sebelum tido). Setelah itu barulah si Semut Hitam memejamkan matanya sambil berniat dalam hati untuk bangun semula pada awal pagi.

Kira-kira pada pukul 4 pagi, Si Semut Hitam terbangun dari tidur… mudah pulak pagi itu dia terjaga.. mungkin disebabkan kesedihannya yang mempengaruhi fikiran Si Semut Hitam. Si Semut Hitam terus mengambil wuduk dan melakukan beberapa solat sunat kerana hatinya yang tidak tenteram itu. Maka mengadulah dia pada Tuhan yang menciptakannya yakni Allah SWT. Menangis, merintih dan bersujud mengadap illahi membuatkan Si Semut Hitam merasakan betapa kerdil dan hina dirinya.. Siapalah dia untuk meminta berlebih-lebihan dan mengeluh kesah.. haruslah dia menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.. dia ada jasad yang sempurna yang telah ALLAH berikan padanya… tak kan ujian sedikit ini pun tidak mampu untuk ditanggung. ( Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan dia mampu.)

Dalam hatinya “Allah sayang kan diriku.. Allah sayangkan diriku… Allah sayangkan diriku… Allah masih ada dengan ku biarpun teman-teman sisihkan aku.. biarlah binatang lain sisihkanku tapi jangan Allah. tidak cukup lagi kah itu buat diriku… ?? Syukur aku pada Nya kerana aku masih di uji Nya.. tapi ya Allah berilah ujian yang mampu untuk aku menanggungnya.. janganlah Engkau membebankan diriku..”

Lantas Si Semut Hitam meneruskan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah…

setelah itu, Si Semut Hitam pergi ke dapur memasak air untuk bonda, ayahanda serta adk-adknya yang masih kecil.. masa yang terluang itu Si Semut Hitam membersihkan diri dan mula mengejutkan kedua orang tua serta adk-adknya.. (kita siapa yang kejutkan dari tidur.. mesti sehingga besar panjang pun masih emak dan ayah kan.. selagi mak dan ayah tak naikkan suara selagi tu x bangun.. huhu jadilah anak yang menggembirakan hati ibu dan ayah ye..)

Pada pagi itu Si Semut Hitam tiba awal di sekolah.. melalui pohon-pohon pokok getah yang buah nya telah gugur itu membuatkan Si Semut Hitam leka memijak-mijak buah itu sambil terdengar bunyi letupan apabila kakinya asyik memijak.. ketawa kecil Si Semut Hitam seorang diri.. =) apabila sampai di pintu kelas, Si Semut Hitam melemparkan senyuman pada sahabatnya si Semut Oren. Si Semut Oren yang merupakan sahabat paling baik Si Semut Hitam. Si Semut Oren turut membalas senyuman temannya yang selalu dipinggirkan oleh rakan sekelas itu. Kadang kala Si Semut Oren turut terpengaruhi oleh kata-kata Si Semut Belang disebabkan oleh tidak kuatnya iman maka Si Semut Oren akur segala kehendak Si Semut Belang. Namun Si Semut Hitam tetap dengan senyuman nya membuatkan Si Semut Oren jatuh hati padanya dan berbalik semula memihak kepada Si Semut Hitam.. (dalam kesabaran banyak manfaatnya…) maka hari-hari yang dilalui oleh Si Semut Hitam begitulah keadaannya. Ada ketua kelas… tetapi Ketua kelas pun tidak tahu hendak menyelesai kan masalah.

Peperiksaan besar semakin hampir.. Si Semut Belang masih terus mencemburui Si Semut hitam kerana peningkatan prestasi nya yang semakin meningkat dan Si Semut Hitam makin disayangi guru-guru serta teman sekelas. Kebanyakkan teman sekelas mula mendekatkan diri dengan Si Semut Hitam yang rajin berjumpa guru serta mengulangkaji pelajaran.. mereka tidak lagi mempeduli kan hasutan Si Semut Belang yang penuh dengan bintik-bintk hitam di hatinya.. Si Semut Hitam tidak menyukai keadaan tegang hubungan nya dengan Si Semut Belang… pada suatu pagi Si Semut Hitam menghantar sepucuk surat berserta sekeping manisan kepada Si Semut Belang.. Si Semut belang menangis membaca surat itu lalu memeluk erat Si Semut Hitam.. mereka bermaaf-maafan.

***pertemuan si semut hitam dengan si semut belang..***


“Ke hadapan si semut Belang yang kukasihi..

Wahai si semut belang.. maafkan diri ini jika banyak melakukan kesalahan tanpa aku sedari mahupun tidak ku sedari.. namun semut Belang, marilah sama-sama kita membersihkan hati kita.. peperiksaan besar kian menjelang.. tidak ada gunanya lagi jika kita memendam perasaan yang tidak baik dalam diri.. tidakkah itu akan menyebabkan diri terasa tertekan dan hati menjadi sempit.. berfikirlah positif dan optimislah.. bila suatu hari nanti semua urusan terlihat amat buruk, kerana hal itu merupakan petanda akan datangnya hari lain yang dekat waktunya, yang semuanya dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan… aku maafkan dirimu wahai teman.. gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan..

Allah swt mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan sahabatku, Allah sangatttttttttt senanggggg dengan taubatnya seorang hamba. Kebahagiaan kita tidak bergantung pada orang lain, tetapi berada ditangan sendiri.. jangan berputus asa … kerana itu adalah keingkaran, barangkali dalam waktu yang dekat Allah akan memberikan kelapangan.. bersangkalah baik pada Pencipta kita ye.. =)”

Sahabat mu,

Si semut Hitam….(^^,)


*** si semut belang bersama manisan pemberian si semut Hitam...=)***


Continue Reading...

Thursday, August 6, 2009

APAKAH PILIHAN KITA?? CEMERLANG ATAU GAGAL??


Rutin harian ku.. mengisi waktu pagi dengan motivasi minda.. membuatkan hari-hari yang dilalui penuh semangat dan ceria (^_^) hari ini mendapat perkongsian daripada Dr.Danial Zainal Abidin. Berikut adalah sedikit kupasan dariku..

APAKAH YANG MAHU KITA PILIH?? CEMERLANG ATAU GAGAL??

Sudah tentu ramai yang mahu memilih kecemerlangan dan berdoa dijauhi kegagalan. Apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan kecemerlangan??

Adakah dengan segulung ijazah kita cemerlang?? @ dengan memiliki kereta yang diidamkan kita cemerlang?? @ memiliki kerjaya yang diidamkan kita cemerlang??

Wahai teman yang dikasihi.. kecemerlangan yang dicari adalah bererti kecemerlangan yang kita perolehi daripada duniawai dan juga ukhrawi… itulah yang kita perlu cari dalam semua perkara. Allah telah menciptakan semua manusia dengan potensi diri yang tersendiri.. jadi kita perlu meledakkan potensi diri tersebut untuk menjadi manusia yang cemerlang dalam semua aspek.. apatah lagi kita beriman dengan akidah dan juga tauhid yang akhirnya akan diberkhati oleh Allah.. tidakkah itu lebih cantik, comel dan juga lebih berkualiti.. masakan kita sendiri tahu, apabila kita hendak memilih pakaian, mestilah kita mahukan yang kita idamkan dan yang cantik bukan?? Mahu pilih yang cantik sahaja atau berkualiti fabriknya?? Sudah tentu kita mahukan kedua-duanya.. oleh itu, begitu juga kita yang mahu menjadi insan yang cemerlang.. mahu cemerlang dalam jangka masa singkat sahaja atau jangka masa panjang?? Fikir-fikirkanlah … tepuk dada Tanya lah kat diri tu=)

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mu’ minun : ayat 1
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.”

Mukmin yang Berjaya adalah mukmin yang beriman kepada Allah SWT. Allah mahukan kita Berjaya yang bertunjangkan iman. Jika kita lihat hari ini.. ramai orang yang Berjaya tetapi sejauhmanakah yang masih beriman kepada Allah.. menurut Dr. Zainal ada 2 keratan akhbar yang mempunyai cerita yang berbeza iaitu berkaitan dengan kecemerlangan insan. Pada 25 Mac 2005 melaporkan keputusan SPM 2004, tajuknya ialah seramai 4410 pelajar cemerlang mendapat keputusan A dalam Peperiksaan SPM. Pada akhbar yang lain pula menyatakan bahawa pelajar cemerlang ditangkap kerana mencuri. Jika di fikirkan balik bagaimana pelajar cemerlang boleh mencuri? Sepatutnya mestilah pelajar itu sudah tahu bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah. Oleh itu dapat dilihat disini bahawa kecemerlangan yang dikejar perlulah didefinisikan dengan betul, bukan sahaja di duniawi tetapi juga ukhrawi. Seseorang yang cemerlang mestilah bertunjangkan agama dan juga syariat dalam hidupnya. Jika tidak kecemerlangan yang diperoleh itu hanyalah berada di penjuru hidup sahaja. Ingatlah wahai teman-teman yang dikasihi kecemerlangan hendaklah dikejar berpandukan kaca mata Al-quran dan As-Sunnah. Kita hendaklah mencari hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat.

Bukan lah kecemerlangan yang guru kita sukai, bukan lah kecemerlangan yang diri kita sukai, bukanlah kecemerlangan yang juri hakim sukai tetapi kecemerlangan yang Allah sukai. Jadi sama-samalah kita mencari nya..=)

Jangan risau temanku.. untuk menjadi cemerlang ada formulanya.. Orang-orang yang Berjaya itu ada ciri-ciri nya.

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun: 2
“orang yang Berjaya adalah orang yang khusyuk dalam solatnya”

Yang pertama adalah orang yang solat. Hubungan dengan Allah itu adalah yang paling utama yang perlu kita jaga. Jika putus hubungan dengan Allah kita umpama layang-layang yang terputus talinya.. maka tidak cantik lagi, tidak gah lagi dan tidak comel lagi.. kerana layang-layang itu akan tersadai di dahan pokok, termasuk dalam tasik dan sebagainya.. maka rosaklah kesemuanya.. begitu jugalah dengan kita. Perkara yang wajib dilaksanakan mestilah disempurnakan. Melaksanakansolat sahaja pun masih tidak cukup. Kita mestilah pastikan solat yang kita dirikan itu solat yang berkualiti sebab itu kita perlu khusyuk dalam mengerjakan ibadah solat.

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun: 3
“… dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan atau perkataan) yang tidak berguna”

Yang Kedua ialah jauhkanlah diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang lagha dan sia-sia. Orang yang cemerlang tidak akan memberi ruang masanya kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Mereka akan mengisi ruang masa itu dengan ibadah, berbincang hal-hal yang baik dan membaca buku-buku yang baik. insyaAllah kita pasti cemerlang.(^_^)

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun:4
“… dan orang yang menjaga kemaluannya”

Yang keempat pula ialah orang yang cemerlang ini menjaga nafsu syahwat terutama nafsu seks. Iaitu tidak berzina, tidak berkhalwat dan sebagainya. Jika kita lihat hari ini sangat membimbangkan kerana ramai yang tidak dapat menjaganya kerana ramai yang kita lihat cemerlang tetapi berzina dikatakan pula hal peribadi dan tidak boleh dipersoalkan. Ini kah yang dikatakan insan cemerlang?

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun:11
“….(yakni) merekalah yang akan mewarisi syurga firdaus dan kekal selama-lamanya”

Yang kelima ialah orang yang cemerlang akan menjaga janji-janjinya. Merekalah orang yang akan mewarisi syurga Firdaus buat selama-lamanya.

Wahai teman yang disayangi,

Islam juga menyatakan kejayaan dipenjuru dunia turut perlu dikejar. Dalam surah Al-Fath menyatakan Allah memberi kemenangan kepada umat Islam dalam bentuk menakluki kota Mekah. Hal ini menceritakan kecemelangan dalam bentuk duniawi. 13 tahun Islam ditindas di Mekah sehinggakan terpaksa berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah. Masih lagi belum menang dan Berjaya. Kemudian kembali semula ke Mekah untuk menaklukinya. Ini merupakan satu kejayaan di penjuru duniawi. Allah juga mahu kita cemerlang dipenjuru duniawi tetapi kita perlu ingat bahawa itu sahaja tidak cukup kerana ianya singkat. Bukankah lebih indah dan bahagia jika kita cemerlang selama-lamanya?? Maka kejarlah kejayaan ukhrawi kerana syurga kekal abadi. =)



Wahai teman yang dikasihi,

Allah mahu kita mencapai kejayaan kedua-duanya untuk kita laksanakannya maka kita memerlukan ilmu di dada… inilah rahsianya..

1) Kuasai ilmu. Belajarlah rajin-rajin, luaskan pengetahuan dan jangan sesekali jemu.

2) Jangan abaikan ibadah kita. Siapa yang bagi kita cemerlang ?? jawapannya ialah Allah.

3) Jangan melakukan maksiat dan perkara yang haram. Hal ini kerana akan wujudnya tompok-tompok hitam di hati dan menyebabkan hati kita tidak tenang.

Alhamdulillah sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.. insyaAllah sama-sama kita amalkan ye ..=)
Continue Reading...

Tuesday, August 4, 2009

Mengimbau kenangan semasa berada di PPSB yang penuh misterius..

Pada mula kehadiran ku di bahagian Human Resources Penang Port menyebabkan aku terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.. yang memerlukan aku tuned channel untuk mengadaptasikan diri ini.. Alhamdulillah berkat daripada pertolongan dari ALLAH AKU BERJAYA menempuh cabaran dan segala ujian selama 3 bulan. 3 bulan yang penuh bermakna buat diri aku.. berikut adalah beberapa lokasi yang aku turut melibatkan diri dalam menjayakan latihan industry ini.. (^_^) sangat bahagia nikmat yang Allah beri dan kudrat ini untuk menghabiskan nya.. syukur Alhamdulillah…


*** kawan-kawan di atas feri… sangat banyak memberi perkongsian ilmu pada ku sepanjang perjalanan ke tempat kerja.. thanks kak Nasrin and auntie.. ***

***suasana pagi diatas feri yang harus ku tempuhi walaupun hati nh berat sekali.. namun bahagia terselit di jauh sudut hati=) ramai sangat yang berdiri pun ada***



*** ini lah pejabat semasa latihan industry ku.. sangat comel tempatnye.. selesa.. ada sebuah komputer dan internet pun ada juga.. alhamdulillah=)***


*** gambar ini adalah sudut kaunter pertanyaan dan ruang customer menunggu..***


*** fail2 peribadi pekerja disusun secara teratur di bilik ini mengikut nombor RP pekerja***



***beginilah susun atur fail di dalam loker***



*** inilah sudut kegemaran yang aku selalu pergi berikutan beberapa kes berlaku semasa latihan industry.. hee;) diluarnya ada permandangan yang sangat indah dan mendamaikan.. ada laut yang luas terbentang mengingat kan aku pada Pencipta yang Maha Kuasa.. subahanAllah… damai kembali hati ***


***ini ialah saguhati yang diberikan oleh Penang Port sebagai kenangan buat diri ini.. selepas majlis perpisahan diadakan… ***



*** ya Allah diwaktu aku kesunyian selama sebulan Allah telah memberiku teman yang baik hati dan memahami.. terima kasih Allah… ini ialah Nor Ashina teman seperjuangan latihan industriku dari UUM.. gambar yang diatas itu ialah hadiah perpisahannya kepada ku.. isinya adalah sebuah cermin yang sangat comel.. jazakillah Ashina..=) # peristiwa yang x dapat lupakan… banyak sangat walaupun dalam tempoh 2 bulan.. keep it secret ye my dear.. selalu je pakai baju warna sama hamper setiap hari.. ish2 x tahu lah nape kan.. Allah maha mengetahuinya…=)***


***bersama staff-staff wanita Penang Port. Di hujung sekali sebelah kanan ialah kak pouziah yang selalu menumpangkan aku naik kereta nya sehinggalah sampai ke stesen bas Butterworth.. jazakillah akk.. moga sentiasa diberkati Allah… akk nh selalu berkongsi ilmu dengan saya.. banyak sangat zikir2 dan doa2 yang terbaru pasti akan dapat dari kak Pouziah..=) ***


***bertemu dan berpisah kerana Allah***


***Sebahagian daripada staff Penang Port di bahagian Sumber Manusia.. semuanya pemurah dengan senyuman… (^_^)***

Continue Reading...
 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template