Sabda rasulullah:
"Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang sesudah kesabaran, kelapangan datang sesudah kesulitan, dan kemudahan datang sesudah kesulitan.
~…cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.(ali imran :173)~
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1] Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
ya Allah kurniakanlah aku suami yang penuh sifat pengasih dan penyanyang.. yang meredhai aku akan setiap gerak geri ku dan menegur ku secara hikmah atas setiap kesalahan ku... dan berlaku baik terhadap ku serta keluarga ku.. ameen... ya Allah
Dari Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: "Kerana itu aku cemburu kepada beliau."
Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya: "Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?"
Jawabku: "Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda?" Tanya baginda: "Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?"
Jawab Aisyah: "Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?"
Jawab baginda: "Ya!" Aku bertanya: "Aku sendiri juga?" Jawab baginda: "Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat."
(Hadis Riwayat Muslim)
Pendekatan tipu daya syaitan adalah pelbagai. Ini bergantung kepada jenis manusia yang mereka dekati. Mereka membelit orang berilmu melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dihasut dengan amalnya. Orang yang kaya dirosakkan dengan harta bendanya, sedangkan orang yang miskin lebih dekat dengan kekufuran disebabkan kesusahan yang dialaminya. Hadis di atas menerangkan bahawa setinggi mana pun ilmu dan sebanyak mana pun amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat menjamin sepenuhnya bahawa ia akan selamat daripada tipu daya syaitan. Oleh itu Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan godaan syaitan laknatullah.
Dari Mughirah r.a. katanya: "Saad bin Ubadah mengatakan, 'Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.' Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata: "Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Setiap apa yang menimpa diri kita ataupun orang lain daripada perkara-perkara berupa kesulitan dan sebagainya, semuanya berpunca daripada sikap kita yang meremehkan perintah Allah SWT, tidak menganggap penting dan tidak pempedulikan hak-hak Allah yang seharusnya dipenuhi oleh hamba-Nya. Oleh itu selaku manusia kita hendaklah memilki sifat al-Khouf dan ar-Roja’ karena dengan memiliki kedua perasaan tadi manusia akan berfikir bahawa boleh jadi Allah akan menyiksanya atau merahmatinya. Hal ini akan menggerakkan manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin manakala dengan sifat al-Khouf pula akan mengekang manusia daripada melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna dan manusia itu amat dhaif tanpa adanya pemberian ataupun nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Dengan itu manusia handaklah bersifat sebagai hamba yang sentiasa cemburu untuk mendapatkan kasih sayang dan rahmat Allah bukan bersaing mahu menempah kemurkaan Allah SWT.
‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.’ Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri. Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong.
Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’.
Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba- Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!
Emm.. dah lama x update blog nh.. alhamdulillah akhirnya diberikan juga kesempatan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat..
Praktikal di tempat yang jauh dari rumah ni.. menguji emosi, fizikal dan mental saya. Majikan pun naik risau kat diri ni sebab jauh sangat perjalanan.. kata En Rahim..
Bila dengar majikan kata macam tu saya senyum je. Ada sebabnya saya pilih tempat yang jauh-jauh nh, pertama saya dapat belajar menguruskan masa dan diri supaya menepati masa dan mendidik disiplin diri.. pukul 5.30 a.m dah kene bangun menyiapkan diri, 6.30 tunggu bas di depan taman.., 7.30 sampai di Butterworth naik feri pulak.. pas tu jalan kaki sampai ke tempat kerja.. kalo feri sampai sebelum pukul 8.00 pagi maka bernasib baik lah saya. Sebab sebelum pukul 8.00 am ada bas TO FREE CAT. Hehe naik bas rapid nh free saja.. dan dekat sikit untuk berjalan ke tempat kerja kalau tidak akan mengambil masa berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai ditempat kerja dari jeti. Huh jauh perjalanan.. hari pertama sudah kena rempuh hujan yang sangat lebat. Bila sampai tempat kerja saja habis basah baju. Nasib baik ada bawa kasut dan stoking spare. Rasa bersyukur sangat jadi orang perempuan. Yelah bila saya bawa banyak-banyak barang je.. adik-adik semua tanya “ kenapa kakna bawa banyak-banyak nh.. kasut bawa dua, kain tuala lagi sabun pun bawa sekali..” hehe ini lah sebab nya.. bila emergency maka ada backup plan.. alhamdulillah.. terima kasih pada Allah sebab menjadikan saya seorang perempuan.=) pukul 5.15 petang saya dah boleh keluar dari Office.. hari pertama tu saya bersyukur sangat sebabnya tidak perlu balik berjalan kaki dari tempat kerja ke Butterworth.. rakan sekerja pelawa naik sekali ngan dia… teringat kata-kata abah.. “ kakna kene banyak bersabar… dalam bersabar ini Allah akan Bantu kita…” saya tersenyum bila teringat kata-kata itu.. terima kasih abah.. seorang yang penyabar abah nh… sampai lah saya ke rumah pada pukul 7.30 malam.. kalau bernasib baik tidak terlepas bas pukul 6.00 petang boleh sampai rumah awal dalam pukul 7.15 malam.. apa-apa pun saya bersyukur pada Allah sebab memudahkan perjalanan dan urusan ini… Thank You Allah (^_^)
Buat sahabat-sahabat yang dikasihi marilah kita memupuk hati yang selalu bersyukur atau Qalbun Syakirun. Hati yang sentiasa bersyurini bermakna kita menerima apa adanya (qona’ah). Apabila hati kita dapat menerima dengan redha maka stress tidak akan muncul. Kita akan menjadi seorang yang sangat bahagia. Saya ada membaca satu artikel yang mengatakan bahawa,
“Seorang yang pandai bersyukur sangatlah cerdas memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apapun yang diberikan Allah ia malah terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila sedang mengalami kesulitan maka ia akan segera ingat sabda Rasulullah SAW yaitu :
“Kalau kita sedang sulit perhatikanlah orang yang lebih sulit dari kita”.
Bila sedang diberi kemudahan, ia bersyukur dengan memperbanyakkan amal ibadahnya, kemudian Allah pun akan mengujinya dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Bila ia tetap “bandel” dengan terus bersyukur maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Maka berbahagialah orang yang pandai bersyukur!”
alahmdulillah berakhir sudah perjuangan ku di universiti.. semalam tanggal 26 april.. aku meratapi dan mendalami setiap detik aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan dan mengamit semula memori2 ku sepanjang aku bergelar mahasiswi.. huhu=( banyak sangat memori yang terindah dan pahit yang x dapat ku lupakan.. kalo nak diceritakan sepuluh muka surat pun x cukup.. aku bersyukur ke hadrat illahi kerana aku dikurniakan teman2 dan sahabat2 yang soleh dan solehah.. x dapat aku ungkapkan dengan kata2.. mereka nh sume masyaAllah hebat2 dan banyak ilmunya.. siapalah aku nh kalo nak dibandingkan.. terima kasih sahabat2 sume kerana banyak berkongsi ilmu dengan aku nh.. =) suka sangat.
buat sahabat2 di cg yang kakna amat sayangi..~asma, fayruz dan wahid...
korang lah yang paling rapat dengan kakna.. kakna nak minta maaf banyak2.. halalkan makan minum.. jangan amek ati yer kalo kakna ada gurau gurauan yang kasar 2.. kakna sayang sume.. korang mesti dah kenal sgt ngan kakna kan.. kakna pun dah kenal sangat ngan korang 2.. huhu.. korang tetap dihati kakna.. buat fyruz and asma.. maceh banyak2.. kakna selalu je buat bising bilik korg.. hehe.. kalo sehari x tunjuk muka kat bilik 2 x sah.. huhu.. macam best je tau kakna singgah bilik 2.. nak tahu x sebab ape... hehe sbb nya kakna nak pantau korg supaya x sedih2.. kalo sedih je kakna akan mula cakap.. hihi.. pecah dah rahsia.. sowie ek.. xpe2 dah abis dah.. sedih pasnih dah x leh bwt lagi mcm 2.. buat wahida sahabat sepengajian dan seperjuangan ku.. banyak sangat memori org ngan wahid.. org x nak wahid sedih2 dan bermasam muka selalu tau.. senyum macam ari2.. baru lah best.. x sesak nafas org lagi.. huhu he;)
masa bersahabat ngan 3 orang nh.. satu penyakit baru muncul dalam diri nh.. huhu nak tau x korang.. kakna selalu sesak nafas n nak muntah2 kalo salah sorg merajuk atau menjauhkan diri dari kita berempat.. jangan lah buat begi2 lagi k.. lepas nh dah betul2 berjauhan.. hope ukhuwah ni kan terputus sampai sini je.. korang nh hebat lah.. buat kakna sesak2 nafas.. isk2.. bahaya 2...huhu
adk fyruz.. kakna harap kamu teruskan perjuangan ni.. jangan sedih2 kalo kakna, kakwahid dan asma x da ek.. kami sentiasa ada memberi sokongan kat fyruz.. jangan sedih2 selalu.. adk kakna yang paling manja ngan kakna nh.. mesti kene kuat.. dan jangan lupa senyum2 selalu tau.. ingat pesanan2 kakna 2.. hehe macam org tua plk.. kakna tgglkan asma(2) untuk fyruz.. asma nh sgt istimewa tau.. romate kakna yang kakna sgt syangi.. inysaAllah fyruz mesti akan ceria dok ngan dia nanti.. dan asma pun akan ceria dok ngan fyruz :D nanti dah x da lagi org nak bising2 kat fyruz.. huhu mesti fyruz rasa aman nanti kalo kakna x da kan.. xpe2.. nanti kakna suruh asma plk..hehe
adk asma yang manja jgk ngan kakna nh.. sorg yang cepat majok kalo kakna x beri perhatian kat dia.. comel sgt sikap dia nh.. aii.. pasnh jangan majok2 lagi tau.. kakna dah x da nh.. kene pandai jaga diri ek.. kakna sayang korg sume.. kadang2 kakna x sempat nak tgk asma 2 makna nya kakna perlu tgk yg lain sbb mrk lebih perlukan kakna dan pada wak2 i2 kakna yakin asma kuat.. :) asmaaaa... nanti kita jumpa di kulim ekk.. (^_~)
buat sahabat2 ku di RST nun jauh disana... aku amat menyayangi kalian..
lillah, romlah dan nini yang dikasihi...
terima kasih diatas segala2nya.. sokongan dan semangat yang korg berikan pada kakna membuat kan kakna lebih terus kuat untuk menggorak langkah ke hadapan di kala kakna berputus harapan..:')
lillah.. msg yang lillah kasi x henti2 tu..kakna suka sngat... kadang2 menanti msg dr lillah kalo dah lama sangat x dpat.. huhu.. pasnh lillah bersama pimpinan baru..kakna harap lillah akan teruskan perjuangan kita.. ada hikmah disebalik yang terjadi.. lillah insyaAllah kakna sentiasa ada.. kalo lillah perlukan apa2 msg kakna ek..=)
rom adk yang nakal nh.. jaga diri baik2 di negara orang.. balik nanti jgn lupe ole-ole buat kakna ek.. hihi ;P kakna doakan mg Allah permudah kan segala urusan adk disana. seorang adk yang cekal hati nh.. teruskan perjuangan.. kakna suka tgk rom masa kat umah kakna ari tu.. kuat2 chayok!!! (^_~) he
nini.. yang comot.. kakna bersyukur dapat kenali nini dgn lebih mendalam sem nh.. berpeluang jugak untuk bermanja2 ngan nini.. hehe maceh ye.. nini2.. kakna suka tengok dengan sikap nini yang tabah dan sentiasa bersemangat.. walauapapun terjadi nini x mengeluh pun.. nini tetap mantain je.. alhamdulillah.. teruskan macam 2 ye nini... i proud of u...
buat adk2 kakna .. ~unil, abel , faez, nazirah, qayyum, pina, pizah, intan, ayuni, wan, rahimie bard, fareez.. dan sume lah adk2 kakna..~ kakna sayang kan korang.. teruskan pimpinan kita . buat lah yang terbaik dan jangan lah berundur diri kerana kamu semua adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik..
~artikel nh sebenarnya dah lama nak kuar kan tapi internet asyik putus2... jadi atas permintaan adk fairuz n adk lillah nh.. kakna cuba jugak postkan.. luv u all=)
karena merasa berat, pemimpin akan menegur bawahan
karena kasih jugalah...
akan ada sahabat...rekan...teman...
yang sanggup memberi teguran
ini semua semata-mata karena sayang...
demi memelihara semangat persaudaraan ...
copyright ikhwah08@hotmail.com
subahanallah...:) nikmat kasih sayang yang Allah beri ni haruslah kita syukuri dan jangan lah sesekali abaikan dalam diri kita.. jika kita merasakan diri tiada kasih sayang maka usahakanlah ia.. wujudkan lah kasih sayang i2.. kerana sifat kasih sayang ini Allah sukai dan Allah suka jika hamba2nya.. menyemai sikap ini terhadap sesama makhluk. Bukan lah kepada makhluk yang bernama manusia semata-mata tetapi juga kepada makhluk2 Allah yang lain..
wahai sahabat2 ku yang dikasihi.. haruslah faham dan mengerti bahawa hendaklah menyalurkan kasih sayang ini dengan cara yang betul dan bukan menyalah ertikan makna kasih sayang.. kepada adk2 yang sedang meningkat remaja ni.. sayang bukan bermakna kita perlu peluk2 atau mengadaikan maruah diri kita ya.. tetapi sayang kita terhadap makhluk ini ialah dengan mengajak mereka ke arah kebaikan dan memelihara maruah diri.. sayang lah mereka seumpama kita menyanyangi diri kita sendiri..
mahukah kita orang yang kita sayang masuk ke dalam neraka??
mahukah org yang kita sayang dibenci Allah??
mahukah org yang kita sayang mendapat seksa dan Azab dr Allah??
jika tak mahu.. jangan biarkan orang yang kita sayang...daripada terjerumus ke kancah durjana.. maka selamatkan lah mereka dari segala Azab api neraka dan kemurkaan Allah... sama2lah kita menyanyangi sesama saudara dan juga sayangilah diri sendiri..
wahai sahabat2 ku..:)jangan lah menzalimi diri sendiri.. kadang2 kita berputus asa dan terasa bagaikan nak tampar diri.. x nak makan.. sehinggakan ada juga yang hendak bunuh diri.. cantik kah berbuat begi2?.. untungkah kita kalo buat begi2?? fikir2kanlah wahai sahabat2 yang dikasihi sekalian.. akhirnya diri sendiri yang akan rugi... sukakah kita menjadi org yang rugi?? sudah tentu tidak suka bukan.. maka jom kita sama2 berusaha mencari keuntungan didunia ini yang boleh membuat bekal pada diri kita di akhirat kelak.. iaitu dunia kita yang kekal abadi adalah bermula disana...
Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai. Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya,
Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”
Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )Bukankah ada pepatah yang mengatakan, ” Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus“.
2. CoupleDuduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. “Chop awal2″ Untuk berkahwin“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.
4. Telefon Tidak ‘Urgent’Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.
5. SMS Tidak ‘Urgent’Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. Berbicara Mendayu-DayuBercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.Firman Allah Subhanahu Wataala :Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)
Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita?
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam.
Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.
Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat,
bagaimana dengan kita?…
Adakah kita terlibat sama?…
Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu a‘lam…
@rtikel ini saya dapat dari seorang sahabat.. jazakaAllah atas peringatan itu.. semoga kita sama2 dapat amalkannya..=) insyaAllah..
Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)