Thursday, July 16, 2009

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR...




BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
Continue Reading...

Saturday, July 11, 2009

kisah si semut hitam...part 1


si semut hitam

Si semut hitam merupakan seekor semut betina.. seekor semut yang sangat jujur dan tulus dalam mencari ilmu akhrawi dan duniawi.. namun ujian yang dihadapinya di lalui sejak di alam persekolahannya… semasa berada di alam remaja si semut hitam sangat rajin dalam menelaah buku pelajarannya.. yang ada dalam fikirannya hanya untuk membalas jasa ibunda dan ayahanda nya.. sehinggakan adk2 si semut hitam hairan melihat kakak nya yang asyik dengan buku dan nota.. namun akhlak dirinya menjadi pakaian nya walaupun berada dimana-mana sahaja dia berada..

Dalam menuntut ilmu yang sudah jadi tradisi nya itu… si semut hitam menghadapi ancaman daripada kawan-kawan dan teman seperjuangan… sehinggakan setiap kali pulang dari belajar si semut hitam ini akan menangis menyendiri.. teman seperjuangan yang dicari sudah tidak ada lagi.. kerana semuanya sibuk untuk kejayaan diri sendiri..sifat-sifat mazmumah menguasai diri sahabat-sahabatnya (hasad dengki, iri hati, pentingkan diri dll sifat yang keji)

Setiap hari si semut hitam mengajak kawan-kawan nya study sekali namun setiap kali ajakkannya pasti akan ditolak berserta dengan ejekan yang tidak henti-henti =( Pada suatu hari, sedang si semut hitam menelaah sendiri datang seekor semut belang melihat apa yang dilakukannya.. si semut belang segera memanggil rakan sekelas mereka meninggalkan si semut hitam seorang diri ….dan melakukan satu mesyuarat di belakang kelas.. si semut hitam hairan melihat kerenah rakan-rakan2nya yang mudah dipengaruhi oleh kata-kata si semut belang.. namun si semut hitam terus sabar dan sabar.. (keadaannya macam dipulaukan…huhu)

mesyuarat dibelakang kelas si semut hitam =(

Apabila pulang dari sekolah si semut hitam ini tidak lagi menangis.. (ermmm kenapa ya???) kali ini dia bangun malam seorang diri, muhasabah kembali dirinya sendiri.. adakah dia telah melukakan hati kawan-kawannya.. adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri, adakah sikapnya yang membuatkan kawan-kawannya lari, adakah dia terlalu baik, adakah dia terlalu menjaga pergaulannya??? Apakah yang sebenarnya punca i2..huhu … emmm..


# kawan-kawan jom bantu si semut hitam...=(

nantikan sambungannya…=)

Continue Reading...

Wednesday, July 8, 2009

Doa Ketenangan Jiwa - Ustaz Drs Ahmad Dahri




Continue Reading...

Sunday, July 5, 2009

mentari sinarlah kembali...

sayu hati melihat matahari terbenam mengingatkan aku akan masa lampau yang penuh onak dan duri.. aku sayu mengenangkan nasib diri ini.. teringat akan diri yang sungguh sedih dan kadangkala gembira.. bagaikan tidak lagi mempedulikan diri dan hati sendiri.. dimanakah diri aku yang dahulu.. ya Allah kembalikanlah aku yang dahulu.. penuh ceria sentiasa.. tabah walaupun hati tersiksa.. senyum walaupun derita.. aku rindu kn diri ku dahulu.. namun aku bersyukur kerana masih ada Allah yang Esa.. aku bersyukur kerana aku masih ada cinta Nya.. kurniaan Dia yang tidak ternilai buat diri ku ini.. diberi ibu bapa yang penyayang dan pengasih... yang tidak jemu2 memberi semangat dan dorongan buat diri yang lemah ni.. adk, abg, kakak dan teman-teman ku yang memahami akan perasaan ini.. ya Allah bersyukurnya aku... aku terkenang kembali akan insan lain yang porak peranda keluarganya.. sudah hilang kasih sayang nya.. sudah tidak seceria aku.. sedih dan pilu aku megenangkan insan itu.. dimanakah puncanya??? aku tidak tahu.. tapi aku pasti hanya Allah yang tahu asbab nya terjadi akan setiap sesuatu.. akan aku gembira dan ceriakan diri ini kembali seperti dahulu.. membalas jasa mu wahai ayah dan bonda ku.. segala perasaan ku yang tersirat turut kalian tahu.. aku tidak upaya lagi untuk menyembunyikannya.. hanya doa aku pohon Pada Nya.. moga ibu dan abah ku sentiasa dikasihi olehNya sepertimana kalian mengasihiku ketika waktu kecil ku.. aku menyanyagimu duhai Ibunda dan ayahanda yang tercinta.. semoga Allah merahmati kalian sentiasa..
Continue Reading...
 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template