Wednesday, February 17, 2010

Ujian ukuran tahap cinta terhadap Ilahi


Umat mengaku beriman perlu bersabar atasi cabaran ditentukan dalam kehidupan. CINTA adalah penawar. Barang siapa yang hatinya kosong tanpa cinta, nescaya pelbagai penyakit akan bersarang di dalamnya. Cinta adalah kehidupan, kerana hidup seseorang anak manusia bermula daripadanya.


Manusia memerlukan cinta untuk tetap bertahan. Manakala, jiwa yang kekeringan cinta bagaikan tercabut roh daripada jasadnya. Berjalan tanpa perasaan, berfikir tanpa keindahan, bosan dan hampa.Dijadikan indah pada pandangan manusia rasa cinta yang boleh memuaskan nafsu dan syahwatnya. Cinta adalah fitrah yang dibekalkan untuk manusia. Cinta perlu diatur dengan baik, bukan dibiarkan mengganas hingga menyebabkan lupa kepada hakikat kehidupan.


Apakah ubat bagi orang yang tertekan, putus asa dan rasa dirinya tidak berguna? Jika kita tersungkur angkara musibah, siapakah yang patut dicari? Di manakah ketenangan diperoleh? Manusia amat memerlukan Penciptanya Yang Maha Mengetahui selok-belok dirinya. Jika dia sakit, ubatnya ada pada Allah Taala, yang dapat menurunkan setitis rahmat di hati yang tenat. Mengapa hati rasa sempit, dada rasa sesak, segenap jasad tak mampu menahan beban berat jika rahmat Allah Taala itu lenyap?


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:


“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang. Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang. Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya. Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Betapa berharganya nilai setitis rahmat. Keamanan dan kedamaian menjelma di serata dunia. Bagaimanakah dalaman rumah kita? Apakah rahmat Allah turun ke atasnya? Rahmat yang mencelupkan dua jiwa suami dan isteri pasti akan melahirkan anak yang salih. Rahmat yang hidup di hati seorang ayah akan menjadikannya mampu mendidik ahli keluarga dengan iman. Rahmat yang menitis di jiwa seorang ibu akan menjadikannya rela mengorbankan jiwa raganya untuk kebahagiaan keluarga. Akhirnya kita semua perlu menyedari bahawa kebencian dan suasana huru-hara yang berlaku berpunca daripada jiwa orang yang kekeringan rahmat Allah Taala.

Mungkinkah kita mendapat rahmat Allah jika kita tidak berusaha mengenal-Nya? Tak kenal maka tak cinta. Suatu ungkapan yang mudah untuk difahami. Namun, amat berat diamalkan. Mengenali Allah sebagai Penguasa ke atas diri kita. Yang menggenggam ubun-ubun makhluk-Nya dengan mudah dan akan menyentapnya apabila Dia berkehendak. Mengenal Allah dengan hati dan akal. Meneliti dan mencari penyebab kenapa Dia Yang Maha Pencinta layak untuk dicintai?


Allah Taala yang mengatur hidup kita, melimpahi hari yang kita lalui dengan nikmat-Nya. Semuanya itu tidak mampu disenaraikan kerana terlalu berharga. Tidak sesiapapun mampu membeli kebahagiaan jika Allah tidak mahu mengurniakan untuknya. Bagaimana hendak membayar nikmat kesihatan jika Allah tidak sudi menyembuhkan?


Mungkinkah cita-cita dan impian akan tergenggam apabila Dia Yang Maha Mencipta berkehendak lain daripada apa yang kita inginkan. Diri kita tak penting bagi-Nya, ada dan tiadanya kita tidak mengurangi kebesaran-Nya. Dialah Allah yang kita kenali melalui bekas-bekas nikmat-Nya yang ada pada diri kita. Perkenalan ini membuahkan cinta yang amat mendalam dan begitu hebat menguasai hati kita, seperti firman-Nya bermaksud:


“Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintai tandingan-tandingan Allah itu seperti mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman amat sangat kuat cintanya kepada Allah.”


(Surah Al-Baqarah, ayat 165)

Jika cinta sudah dimiliki, sudah semestinya dia sanggup diuji. Dengan hati dan akal, kita belajar mengatasi ujian cinta Ilahi. Ia menjadi ketentuan yang wajib dijalani bagi hamba-Nya yang mengaku beriman, kerana mungkin cintanya itu sekadar berpura-pura.


Semakin berat ujian yang diterima maka semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah. Sabda Baginda SAW bermaksud:


“Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai hamba-Nya maka Dia mengujinya.”


(Hadis riwayat al-Tirmizi).


Ibnu Al-Qayyim mengatakan:


“Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hamba-Nya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan, tiada lain ia bertujuan mengarahkannya supaya berjuang dan melawan, sehingga perjuangannya itu akan melahirkan cinta kepada Allah.”


Maka terjawablah persoalan kedudukan manusia yang mencintai Allah lebih hebat daripada kedudukan malaikat. Malaikat Allah tidak diuji seperti manusia diuji dalam membuktikan cintanya kepada Allah Taala.Cinta kepada Allah Taala juga boleh dicari dalam ikatan ukhuwah sesama manusia. Seperti firman Allah Taala bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah Taala akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin.”


(Surah Al-Maidah, ayat 54)


Rasulullah SAW juga menyeru umatnya untuk saling mencintai dalam sabdanya bermaksud:


“Tidaklah sekali-kali dua orang lelaki saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah itu adalah yang paling kuat kecintaannya kepada saudaranya.”


(Hadis riwayat al-Tabrani)


Sabda Baginda lagi bermaksud:


“Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri.”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara perkara paling berharga dalam kehidupan ini adalah persaudaraan yang ikhlas. Ia tidak mudah untuk dimiliki melainkan oleh mereka yang ikhlas mahu mewujudkannya. Jika Allah mencantumkan hati manusia tiada siapa boleh menghalangi mereka mengecapi nikmat persaudaraan itu.


Antara akhlak persudaraan yang paling rendah ialah sedia memaafkan saudara kita, manakala yang tertinggi pula, menolong sepenuh hati jika dia memerlukan kita untuk berada di sisinya. Silatulrahim yang terbaik adalah mereka yang bersungguh-sungguh mengajak kita mengecapi kasih sayang hingga ke akhirat. Silatulrahim di dunia dan akhirat menjadi slogan yang indah dan tak terlupa. Hanya dengan ikatan itu kita mampu mengecapi rahmat Allah bersama saudara seiman.

SUMBER: IBNU HASHIM

Continue Reading...

PUISI HAWA




Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.






SUMBER: MOHD NAIM MOHD ZAIN


Continue Reading...

Saturday, January 16, 2010

jadilah "Si Bunga" yang mekar mewangi...=)


sabarlah wahai sayangku.. yakinlah ada hadiah yang lebih indah Allah akan berikan padamu.. janganlah kamu bersedih hati.. ^_^

Ingatlah setiap yang terjadi pada diri kita tu.. pasti ada hikmahnya.. walaupun suatu ketika kita merasakan hal itu sudah ada dalam genggaman namun jika ALLAH tidak izinkan pasti akan hilang dari genggaman kita.. namun jangan kecewa.. jangan putus asa.. carilah kemanisan dalam setiap yang berlaku itu.. kamu pasti akan tersenyum puas.. dan bersyukur atas apa yang Allah takdirkan padamu..

bak kata sahabat saya...

Hidup kita bagaikan bunga..
setiap hari, terpaksa menahan bahang matahari dan hujan yang mencurah-curah...
biarpun getir dan sukar tapi itulah keperluan "si bunga" untuk terus hidup...
sesekali "si bunga" terasa nyaman di sapa angin sepoi-sepoi bahasa...
syukurlah dengan senyuman...
menunggu dirimu untuk dipetik dan dijagai dengan baik bukanlah mudah...
"Si bunga" sudah pasti tidak kenal tangan-tangan itu...
berharaplah agar tangan yang memetik itu tangan yang sejuk...
yang dapat membajai "si bunga" dengan keimanan dan ketaqwaan untuk menjadi hambaNya yang solehah...=)
semoga "Si Bunga" mekar berkembang dengan senyuman rahmatNya...


Continue Reading...

Thursday, December 10, 2009

Nurhanis Aufa Bt Mohammad Aizat.. (^_^)



ALHAMDULILLAH puji dan syukur kepada Allah SWT ...Penantian demi penantian akhirnya

lahirlah insan baru dalam keluarga kami yang lama dah tak dengar tangisan baby nh..=)



Nurhanis Aufa Bt Mohammad Aizat diberi nama..

Berat 2.7kg. Lahir pada 28.11.2009 jam 7.12 am di Hospital Sg. Buloh, Selangor.

Tahniah buat Along dan Kak long.. semoga cahaya mata ini mengeratkan lagi kasih sayang kalian

berdua.. semoga menjadi Abi dan Ummi yang soleh dan solehah.. ^_~

kini Hj Jamaludin sudah bergelar tok wan.. dan Hjh Rokiah dah bergelar mak tok.. tahniah di

ucapkan.. hehe..

saya dah bergelar mak ngah...

adk sofi dah jadi pak lang...

adik ifah dah jadi mak jang...

adik faez dah jadi pak ndak...

dan adik hanif dah jadi pak su...

Lahirnya insan baru ini maka bertambah ramai lagi umat Muhammad untuk menyemarakkan

keagungan Islam dan meninggikan syiarnya. insyaAllah..

(^_^)

Continue Reading...

Wednesday, December 9, 2009

Kerana Dirimu Begitu Berharga...



Saya ada terbaca di sebuah forum yang tajuknya seperti dibawah. Dan pernah juga beberapa orang sahabat bertanyakan tentang masalah yang melibatkan kaum lelaki… tidak kurang juga ramai yang bertanyakan tentang mengapa lelaki begitu dan begini. Mengapa hubungan kami begitu dan begini. Apa yang harus saya lakukan?


Disini saya ingin memberikan sedikit nasihat bagi mereka yang mungkin tertanya-tanya berkenaan masalah ini…

Kenapa lelaki slow sangat dalam meluahkan perasaan?


Sebab-sebab utama kenapa lelaki slow sangat dalam meluahkan perasaan :
1. Lelaki tersebut sebenarnya tak suka pun kita tapi dia buat-buat suka sebab nak test market n saje nak mempermainkan kita 2. Dia saja suka tengok kita syok sendiri kat dia n saje nak main tarik tali 3. Dia tak jujur dengan kita 4. Dia bukanlah seorang lelaki yang baik


Seorang lelaki yang baik dan jujur akan meluahkan perasaannya kepada wanita tersebut dengan caramenyampaikan hasratnya untuk mengahwini wanita tersebut dan segera masuk meminang. Lelaki yang kata nak kahwin dengan kita tapi menangguh-nangguhkan atau beralasan itu dan ini untuk melambatkan perkahwinan bukanlah seorang lelaki yang jujur dan baik.


Ingatlah wahai saudariku,

Lelaki, sekalipun telah meluahkan perasaan cinta dan sayang kepada kita tanpa melafazkan hasratnya untuk berkahwin dengan kita sooner or later pasti anda akan berpisah dengan lelaki tersebut,percayalah… dan masa itulah anda akan sedih,kecewa,broken heart dsbnya… Hanya lelaki yang baik dan ikhlas serta jujur sahaja yang akan terus melafazkan hasrat untuk memperisterikan anda dan ingin segera berkahwin dengan anda.



Tetapi masalah utama masyarakat kita hari ini,saya hairan mereka kalau boleh nak berkenalan dulu,bercinta dulu barulah nak kahwin. Kalau ada lelaki yang baru dikenali nya hendak masuk meminang terus ditolaknya…kerana apa? Kerana tak tau hati budi lelaki tersebut… bukankah Allah telah memberikan ikatan halal (ikatan perkahwinan) supaya lelaki dan wanita boleh saling berkasih-kasihan,bercinta,berkawan dsbnya?



Wanita musuh utama kita ialah perasaan,jangan biarkan perasaan kita dipermain-mainkan oleh lelaki yang kononnya 'baik'… jangan mudah termakan pujuk rayu dan kata-kata manis lelaki. Kata-kata dan pujuk rayu lelaki hanya boleh diguna pakai apabila lelaki tersebut telahpun bergelar "suami kita" ….. walaupun kita ini adalah kaum wanita dan kaum wanita adalah kaum yang lemah berbanding lelaki tetapi janganlah wahai saudari-saudariku sesekali membiarkan diri kita dipermainkan oleh kaum lelaki dengan begitu senang.


Dimana maruah kita sebagai wanita? Kita adalah wanita islam! Bukan wanita kafir yang bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya. Kita adalah wanita islam yang tubuh badan dan kecantikan kita adalah begitu mahal dan berharga untuk kita pertayangkan kepada kaum lelaki. Jagalah maruah diri kita. Biarkan lelaki-lelaki yang di luar itu kalau mahu melihat wajah dan tubuh serta kecantikan wajah kita haruslah mengahwini kita terlebih dahulu dengan membayar harga mas kahwinnya. Janganlah dibiarkan lelaki-lelaki yang tidak jujur,kaki perempuan dan hanya pandai berbicara itu melihat dengan free tubuh serta kecantikan wajah kita. Kita ialah wanita islam yang hanya berbicara dan bergurau senda hanya dengan kekasih kita yang sebenar iaitu suami kita. Bukan dengan sembarangan lelaki yang hanya mahu bergelar kawan dengan kita. Ingatlah bahawa kita ialah wanita islam!! Dan wanita islam itu mahal harganya. Janganlah merendahkan harga diri dan maruah kita demi lelaki-lelaki yang tidak layak. Ingatlah bahawa apabila kita menaikkan harga diri kita,harga maruah kita begitu tinggi hanya lelaki-lelaki yang betul-betul layak,baik,jujur dan ikhlas sahaja yang mampu 'membeli' kita.


Jadi bagimana nak cari lelaki yang baik di zaman ini? Mudah sahaja…. Pelihara dan jagalah diri,maruah serta akhlak kita pastinya akan ada seorang lelaki yang baik untuk kita. Sesungguhnya wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat,dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik.

Ingatlah wahai saudariku,



Air mata kita itu mahal harganya… janganlah biarkan ia mengalir hanya kerana seorang lelaki yang bukan bergelar suami kita… tunjukkan pada lelaki-lelaki di luar sana itu siapa kita!.... biar mereka tahu kita ialah wanita islam yang menjaga aurat kita,yang tidak akan berhias dan bercantik-cantik melainkan untuk suami tercinta. Yang tidak akan berbicara dan bergelak ketawa dengan yang bukan mahram kita. Yang sentiasa menjaga akhlak dan peribadi kita. Kita ialah wanita islam…bukannya wanita kafir……oleh itu buktikanlah anda seorang wanita islam! Jangan biarkan mereka melihat kita saling tak tumpah seperti wanita-wanita barat. Jangan biarkan agama kita dijual beli. Ingatlah wahai saudariku, Allah sahajalah yang mengetahui isi hati manusia,yang berkuasa terhadap setiap perbuatan dan pergerakan kita. Yang Maha membolak-balikkan hati manusia. Maka,saudari ku, jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kita.


Islam itu mudah. Janganlah kita menyusah-ntusahkan agama islam itu hanya kerana mahu menjaga hati dan perasaan kita atau sesiapa pun. Berkahwinlah wahai saudariku sekalian. Dengan perkahwinan dapat menegalakkan kita dari maksiat. Dapat menjadikan kita seorang yang lebih matang. Dapat mendidik kita menjadi seorang yang lebih sabar, bertanggungjawab dan amanah. Janganlah terlalu mengejar cita-cita kita sehingga syariat-syariat agama diketepikan.

Hadis Sahl bin Saad r.a:

"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin. Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz "

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2554


Hadith diatas mengajar kita bahawa nak kahwin itu bukanlah susah… kalau kita mengikut cara islam yang sebenar-benarnya. Tak perlu belanja mahal… tak perlu berkenalan atau berkawan atau bercintan… dan tak perlu jadi kaya atau bersusah payah nak kumpul duit nak kahwin…. Kita ini wanita islam…. Kita ikut islam… bukan ikut barat yang memerlukan belanja besar untuk kahiwn… yang perlu diambil hati dan perasaan kita baru boleh kahwin…. Kalau wanita di zaman sahabat dahulu boleh melakukannya…kita juga pasti boleh! Its all in ure mind…. Jangan kata aku banyak dosa atau takder ilmu dsbnya… kalau tahu kita banyak dosa maka berubah dan bertaubatlah selagi hayat dikandung badan… kalau tahu takder ilmu,pelajari dan tuntutlah ilmu sampai kita tahu. Jangan jadikan saya sedang menuntut di universiti atau saya sedang bekerja yang bercampur lelaki perempuan jadi bagaimana?


Kalau kita masih menuntut di universiti, jagalah adab sopan dan akhlak kita sebagai wanita islam… jangan bercampur dengan lelaki… cuba elakkan dari bercampur dan bercakap-cakap atau bergelak ketawa dengan lelaki melainkan hal-hal yang perlu sahaja… apa wanita sesama wanita tidak boleh bersahabat? Tidak boleh bergurau senda? Mesti jugakah dengan ada lelaki baru lebih seronok? No…. sesama wanita pun boleh bergembira hanya kita sahaja yang menetukan mahu bergembira dengan siapa? Lelaki atau wanita?


Dan kalau kita bekerja di tempat yang bercampur dengan lelaki perempuan, kita boleh elakkan dari bercampur sekiranya mampu… kalau tak mampu… carilah pekerjaan yang tidak terlalu banyak melibatkan percampuran dengan lelaki dan perempuan…


Sekiranya kita wanita islam,menjaga aurat kita dengan sempurna,menjaga akhlak kita dengan baik,memelihara agama kita dengan betul pasti tidak akan ada lelaki yang berani menggangu kita… kerana mereka hormat kepada kita bukan kerana apa-apa.


Akhir kata…. Kalau benar kita ini wanita islam,maka buktikan kita wanita islam… be extraordinary… jangan jadi seperti wanita-wanita biasa yang tidak tahu hala tuju hidupnya,matlamat hidupnya dan hanya hidup kerana diri masih hidup dan nyawa belum diambil dari jasad nya. Kita wanita islam hidup kita bermatlamat, bukan suka-suka. Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itulah destinasi kita. Jadi ayuhlah bangkit dari kewenang-wenangan hidup kepada hidup yang bermatlamat . jangan sia-sia kan masa dan usia kita kepada benda-benda yang tidak membawa manfaat sedikitpun kepada agama kita. Terutamanya, janganlah sia-siakan masa,tenaga,usia,air mata,dara dan sebagainya kepada lelaki yang bukan mahram kita. Tunujukkan kepada lelaki-lelaki diluar sana aku ini wanita islam yang tidak boleh dipermainkan dengan sesuka hati antum! Jika lelaki-lelaki tersebut mahukan aku maka bayarlah harganya!


Apalah gunanya diiklankan di TV : "kerana dirimu begitu berharga"…. Buktikan harga kita… lagi berkualiti sesuatu barang itu lagi mahal harganya. Begitulah juga dengan wanita. Lagi berkualiti seorang wanita itu lagi susah untuk mendekatinya.

Apakah harga diri anda? Anda tentukan!

Wallahua'lam..


sumber:

http://amiratunnadhirah.blogspot.com/2009/09/kerana-dirimu-begitu-berharga.html

Continue Reading...

Monday, December 7, 2009

Do vampire bats really drink blood??


"teacher.. im scared with the vampire bats.. it will bite us and feeding our blood.." =(

" oh my dear.. dont' be scared..

By feeding on nothing but blood and targeting their prey late at night, vampire bats sure seem like creatures from a horror movie right!!

But in real life, they are probably a lot more afraid of you than you are of them. For one thing, these shy creatures, which live in the forests rarely, attack people. And to the horses, cattle and other livestock they usually feed on, they are more like pesky mosquitoes then vicious monsters.

A vampire bat bites by using its sharp incisor teeth to make a shallow cut in its victim's skin.

It then laps up the seeping blood as substances in its saliva prevent its liquid meal from clotting.

The bite is painless, though and the loss of blood is small (1cm). In short my dear, vampire bats arent' as scary or harmful as their name would make you belive.

In fact, they're intelligent creatures and have even been known to adopt orphans and help others bats in need. so don't be scared of the vampire.. scared if we do wrong and remember scared only to our god... Allah the Almighty..=)

Continue Reading...

Sunday, December 6, 2009

bulu kucing tu najis ke kak??


"kuncup dan kembang sudah semakin menjadi-jadi lah akak.." kata adik perempuanku yang baru sahaja selesai menyidai kain di ampaian..

"yelah.. dik. dorg tu dulu dok kat pintu ja, kalo kita bukak pintu seluas mana pun x kan masuknya.. tapi sekarang nh.. dah mula jinak-jinakkan diri dorg dok masukkan ekor ke dalam rumah.. huhu" balas ku..

"mula-mula ekorlah kak kan.. pastu semalam adik nampak dorg dah curi ikan kat sinki tu...!! lama-lama nanti habis bulu-bulu diorg kene pakaian dan tempat sembahyang kita kan kak.. eeee kembang dan kuncup nh.. walaupun kamu nh bersih tapi bulu kucing kamu nh najis ke x ek bila dah gugur dari badan kamu nh...?? mcm mana ek kak??" ngomel adik ku.. yang menunjukkan mukanya yang penuh dengan persoalan..

"huhu.. apa ek.. emm semalam baru akk terbaca pasal perkara nh..

menurut mazhab Syafi'i, bulu kucing yang tertangal daripada tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat bulu kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Sekiranya terdapat bulu kucing pada pakaian maka solat kita tidak sah. Kita perlu mengambil sikap peka dan berhati-hati selepas nh.. begitu juga kepada penggemar kucing sebelum mengerjakan solat yakni pastikan tiada sebarang bulu kucing pada pakaian dan tempat solat kita.."

*****

Alhamdulillah teguran dari saudara meow, menyebabkan saya segera mencari kesahihan dan ketepatan tentang persoalan ini.. saya pada mulanya begitu yakin akan kesahihan jawapan persoalan ini kerana terbaca di dalam sebuah majalah yang saya begitu yakin akan kesahihan maklumatnya. Persoalan yang di ajukan oleh saudara meow menyebabkan saya mula ragui dan saat itu juga saya segera bertanyakan kepada sahabat saya lillah.. alhamdulillah temui sudah jawapannya.. =) jazakallahu khairan kasira.. buat saudara meow (en. firdaus) dan lillah...

saya tak diskriminasi kucing ye.. ^_^


soalan : adakah bulu kucing itu najis?


jawapan : Tidak..


Drpd Abu Qatadah, bhw Rasulullah SAW bersabda :
Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.
(HR yang berlima. Kata Tirmidzi:’ hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh alBukhari]

dalam hadis ni, sahabat telah bertanya mengenai hukum kucing. Rasulullah saw menjelaskan bahawa ia adalah binatang yg sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita adalah tidak najis. kalau ianya najis, akan menyusahkan.

memang ada ulama yg berkata bulu kucing tu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yg terpisah dari binatang yg boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis. tapi pendapat itu tak berapa tepat sebab adanya hadis sahih ni..

wallahualam~

p/s/s : bole singgah sini juga.. forum tentang kucing di rantauan.com , forum tentang kucing di al- fikrah.net

http://coretanfisabilillah.blogspot.com/
Continue Reading...
 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template