Thursday, December 3, 2009

pencarian fasilitator program "Masih Ada Yang Sayang"


Bismillahirahmanirrahim...


RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.

Malah menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Sejajar dengan arus pemodenan dunia, kepelbagaian budaya yang menyimpang jauh daripada nilai-nilai Islam berjaya meracuni pemikiran generasi muda. Justeru Pihak Penganjur Badan Kebajikan Nun(BAKUN) telah merangka satu lagi Program Masih Ada Yang Sayang bersama anak yatim ini sebagai satu alternatif tarbiyah dalam menyemai akhlak islamiah dalam diri setiap anak-anak ini sebagai perisai yang ampuh supaya dapat menempuhi cabaran mendatang dan menjadi generasi yang berperibadi muslim .


Nama Program : Masih Ada Yang Sayang (Anak Yatim Dan Miskin) Bersama Ahli Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi

Tarikh : 19 Disember 2009

Tempat : Perkarangan Masjid Al-Muttaqin, Taman Selasih

Buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi terutamanya ahli-ahli Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM) kami memerlukan 10 orang fasilitator untuk menjayakan lagi program yang akan dilaksanakan nanti. Sesiapa yang berkelapangan pada tarikh tersebut dan berminat untuk menyumbangkan tenaga menjadi fasilitator bolehlah menghantarkan nama dan no. tel di email ini... nuril_lail86@yahoo.com.my

Berikut adalah tentatif program:


TENTATIF PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG (ANAK YATIM DAN MISKIN) BERSAMA AHLI KELAB MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI


























Tarikh/ Hari


Masa


Aktiviti

























19 Disember 2009

(Sabtu)


8.30 - 9.30 pg

9.30 - 10.00pg

10.00 - 12.00tgh

12.30 - 2.00 ptg



2.00 - 2.45 ptg


3.00 - 6.00 ptg



4.30 - 6.30 ptg



6.30 - 7.00


8.30 – 8.45 mlm


9.00 – 10.30 mlm


10.30 mlm


Pendaftaran peserta dan taklimat

Kudapan

Bengkel 1-Motivasi

Bengkel 2-LDK 1

Makan Tengah hari

Persediaan Solat Zohor

Sesi- LDK 2


Pelancaran Program Masih Ada Yang Sayang- anak-anak yatim bersama Ahli Kelab Superbike.

Perasmian oleh YB Hjh Siti Aishah Bt Hj Ghazali


Persediaan solat asar

Program ramah ,mesra bersama anak yatim dan miskin

Jamuan Makan


Berkonvoi dari Surau Taman Angsana Ke Masjid Al-Muttaqin

Malam Kesenian Islam Masih Ada Yang Sayang

Ceramah motivasi Keibubapaan


Bersurai


Semoga Dipermudahkan-Nya.. (^_^)





0 comments:

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template