Tuesday, November 10, 2009

sempurnakah solat kita???


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi. Entry kali ini adalah mengisahkan tentang perkara yang dilarang oleh seseorang muslim ketika bersolat.. ramai yang terlupa dan kadang kala sambil lewa dalam melaksanakan ibadah ini. Secara tidak langsung menyebabkan kita mengumpul dosa-dosa yang akan memberi kesan kepada account pahala yang akan kita bawakan ke akhirat kelak.. mahukah kita menjadi orang yang rugi? Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika solat. Jom check it out.. sama-sama kita usaha untuk khusyukkan diri nak bertemu dengan kekasih hati.. kautlah keuntungan sebanyak mungkin di dunia ini buat bekalan di akhirat nanti..=)


· Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

· Berdiri di atas satu kaki


· Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

· Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

· Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

· Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

· Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

· Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

· Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

· Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

· Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

(Sumber di petik daripada harian metro)

1 comments:

Asyraf Dinie Bahari on January 30, 2010 at 11:28 PM said...

dah baca buku sifat solat nabi saw??..dalam tu lengkap ada sifat solat nabi saw dari hadis2 yg sahih dan telah dinilai semua hadis2 nya.Penulis nya adalah Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani. Kalau belum, nnti baca la..Smg solat kita seperti mana yg nabi saw solat. InsyaAllah..

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template