Selamat hari raya eidulfitri maaf zahir dan batin buat teman-teman dan pembaca blog yang dikasihi.. Selain menyambut hari kemenangan dalam perjuangan menundukkan hawa nafsu, hari raya juga merupakan hari untuk kita melahirkan kesyukuran dan kegembiraan. eidul fitri, yakni hari kembali kepada fitrah.. kita bukan sahaja mendapat rahmat selepas melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna malah mendapat keampunan daripada Allah dan pembebasan daripada api neraka.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya dia diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu"
Ibu abah.. maafkan kekhilafan kakak selama ini yang banyak menyusahkan kalian.. namun kalian tidak pernah jemu membantu kakak serta tidak pernah sesekali kalian meminggirkan kakak.. terima kasih diatas kasih sayang, tunjuk ajar, nasihat dan teguran ibu dan abah.. kakak sayang kan ibu dan abah..
Kami sekeluarga pada tahun ini buat pertama kalinya beraya bersama di wad bersalin.. kenangan yang cukup indah dan melahirkan kami perasaan kesyukuran yang teramat sangat. di pagi syawal kakak ipar ku terpaksa di kuarantinkan di wad 9 Hospital Besar Kulim.. disebabkan kesihatannya yang tidak berapa stabil akibat bersemangat membuat persiapan raya di akhir Ramadhan..
Selepas selesai solat hari raya eidul fitri dan menziarahi jiran tetangga kami sekeluarga menzirahi kakak ipar di wad 9. Inilah wajah-wajah ceria keluarga Tn. Hj Jamaludin di pagi raya eidul Fitri 2009. (^_^)
0 comments:
Post a Comment