Wednesday, October 14, 2009

Hukum solat sunat selepas witir



"Apa hukum solat sunat lepas solat witir, ustaz"? Itulah soalan yang sering ditanya kepada saya. Kalau selama ini, saya hanya menjawab dalam sesi soal jawab agama pada hari ahad, kuliah dhuha tetapi hari ini saya akan menjawabnya dalam saluran blog pula. Semoga ianya lebih kekal dan senang dipindahkan kepada rakan-rakan yang bertanya sokmo soalan ni.



Kita tahu solat witir adalah antara solat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. dan dinamakan sunat muakkad yaitu sangat dituntut untuk dilakukan setiap hari sebelum tidur atau bila bangun daripada tidur untuk bertahajjud. Menjadi kebiasaan, ianya menjadi solat penutup kepada semua solat-solat sunat dan dilakukan dengan ganjil samada satu, tiga, lima hinggalah jumlah yang paling maksimum 13 rakaat.



Sebaik-baiknya, ianya dilakukan dua rakaat satu salam. Namun demikian harus dilakukan semua jumlah rakaat yang tersebut itu dengan satu salam sahaja. Dilakukan secara bersambung terus, dengan dua tashahhud (tahiyyat). Tahiyyat pertama pada rakaat sebelum akhir, manakala satu lagi tahiyyat pada rakaat terakhir sekali.



Perbuatan menyambung solat witir sekaligus 3,5,7,9,11,13 rakaat dengan satu salam pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Riwayat Bukhori, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain).



Bacaan dalam solat witir kalau dilakukan tiga rakaat ialah, rakaat pertama selepas fatihah ialah surah Al-A'la, manakala rakaat kedua sesudah Fatihah surah Al-Kafirun. Pada rakaat ketiga pula di baca surah 3 qul.



Kembali kepada persoalan asas kita, adakah boleh dilakukan solat sunat yang lain selepas solat witir? Jawabnya; Boleh. Nabi s.a.w pernah melakukan solat sunat selepas melaksanakan solat witir sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan lain-lainnya.



Ummu Salamah r.a. menyatakan bahawa baginda s.a.w pernah melaksanakan solat sunat sesudah melakukan solat witir.



Tetapi perlu diingat tidak boleh melakukan dua kali witir dalam satu malam. Maksudnya, pada awal malam sudah dilakukan witir, kemudian bila bangun malam berwitir sekali lagi. boleh solat sunat yang lain tetapi bukannya solat witir berdasarkan satu hadis yang bermaksud: "Tiada dua witir dalam satu malam". (Abu Daud, at-Tirmizi dan An-Nasaie).



Semoga terjawab segala persoalan dan tersingkap segala kekeliruan. Amin


0 comments:

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template