Friday, October 30, 2009

Anak Kecil Yang Takutkan Api Neraka


Dalam sebuah Riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, ‘ Wahai anak kecil kenapa kamu menangis sayang?’ Maka berkata anak kecil itu,

‘Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,

“Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quuanfusakum wa ahlikum naara” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu dan keluargamu dari api neraka”.

Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.’

Berkata orang tua itu, ‘Wahai anak, janganlah kamu, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.’

Berkata anak kecil itu, ‘Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang akan diletakkan oleh mereka ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka akan meletakkan yang besar. Jadi pakcik tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.’

Berkata orang tua itu sambil menangis, ‘Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada api neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti…?’

Membaca kisah ini saya terfikir, berapa ramai dalam kalangan kita yang hati dan perasaannya gentar apabila mendengar nama-nama Allah, mendengar kehebatan Allah dan melihat kekuasaan dan ciptaan Allah.. sejauhmana perasaan takut kita kepada Allah berbanding dengan ciptaan Nya.. sejauhmana kita melaksanakan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.. Ya Allah jauhkanlah kami daripada menjadi hambaMu yang dilaknat oleh Mu..

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman, dijauhkan dari api neraka dan ditempatkan disyurga firdaus NYa…



0 comments:

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template