Monday, September 14, 2009

dapat makan free.. =)

Kasih sayang yang dicurahkan tidak ada galang ganti.. Saya teharu dan terkedu seketika.. dalam majlis berbuka puasa semalam melihat seorang bapa menahan muka anaknya yang tertidur di atas kerusi dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.. subahanallah.. sungguh menyentuh hati..

Seringkali kita melihat kaum wanita yang akan menjaga anak sebegitu rupa.. tapi kali ini tidak.. saya begitu kagum dengan kaum adam yang mempunyai perasaan tanggungjawab serta sikap penyanyang pada anak-anaknya.. apabila muka si anak itu terjatuh ayah tersebut terus menahan sehinggalah anak itu tersedar dari tidur.. tidak kisah kan diri walaupun tangan itu lenguh menahan muka anaknya dengan penuh kelembutan supaya anak tidak terkejut dari lenanya.. subahanallah.. ketika saya saksikan aksi ayah itu ia telah mengubah persepsi saya pada kaum adam.. sebelum ini hati saya seringkali tertanya-tanya.. masih wujud lagikah seorang bapa yang dapat melayani anak-anak dengan penuh kelembutan dan penyabar seperti itu. Sejuk hati melihatnya.. ya Allah semoga aku bertemu dengan seorang lelaki yang dapat menjadi suami serta ayah yang penyanyang dan penyabar terhadap diri dan anak-anak ku..

Teringat pulak kisah kecik-kecik dulu.. saya dan kakcik suka berpura-pura tidur sebab nak abah angkat kami ke katil tidur.. berpura-pura sakit perut nak ibu letakkan minyak di perut, ha ha ha.. berpura-pura lelapkan mata sebab nak dengar ibu nyembang-nyembang dekat telinga kami tentang hasrat mereka dan menyapu kepala kami… hehe sungguh x sangka kami menyimpan rahsia itu sampai ke besar.. ya Allah bersyukurnya aku dilahirkan didalam keluarga yang penuh kasih sayang ini.. sayang ibu.. sayang abah.. (^^,) bila terkenangkan kisah ini bersama dengan kakcik.. x tahan ketawa dibuatnye.. huhu nakal-nakal masa kecik-kecik dulu.. menggelikan hati pulak.. ki ki ki

Oh ya.. Majlis berbuka puasa semalam adalah merupakan satu majlis yang dianjurkan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman.. pada mulanya ibu dan abah sahaja yang akan pergi.. tetapi memandangkan atas keinginan ibu mahukan kami sekeluarga untuk turut memeriahkan majlis.. tak sanggup pulak saya dan adik-adik nak menolaknya.. hari ini ibu dan guru-guru mengaji al-quran yang lain akan menerima sumbangan daripada Menteri Besar Kedah.. maka kami sekeluarga menghadirikan diri memberi sokongan yang padu pada ibu yang mendapat gelaran ustazah dalam kalangan anak-anak kecil di Taman yang kami tinggal.

Kehadiran saya, kakcik (adk perempuan) dan kakina (kakak ipar) yang agak lewat menyebabkan kami mendapat meja di belakang sekali.. nasib baik paksu, faez, hanif dan abah telah menjaga tempat kami.. ibu pula berada di kawasan guru-guru mengaji al-quran yang akan mendapat sumbangan..

Buat pertama kalinya saya melihat dan mendengar ucapan Menteri Besar Kedah.. subahanallah.. tazkirah ringkas yang diberikan oleh beliau sangat menyentuh hati saya.. saya rasa bersyukur kerana pemimpin yang saya jumpa ini merupakan seorang yang layak digelar pemimpin. Tazkirahnya mengenai bagaimana kita seorang muslim menjaga amal semasa di dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Menurutnya dalam sibuk-sibuk berniaga di bulan ramadhan ini bagaimana peniaga-peniaga menjaga waktu solat dan menambahkan lagi amalan sunat yang akan meningkatkan ganjaran pahala. Katanya dalam satu-satu pasar itu jika sibuk sangat sehinggakan dikatakan tidak sempat nak mendengar ceramah agama ataupun mendapatkan sedikit pengisian.. maka apa salahnya jika buat satu diskusi ilmiah atau ceramah di tengah-tengah pasar.. bukan sahaja pengunjung dapat dengar dan beroleh pahala malah peniaga-peniaga juga turut mendapatnya.. rugilah dalam bulan yang mulia ini jika kita tidak berebut-rebut meningkatkan amal ibadah.. katanya lagi jika berada dalam waktu kerja, awal-awal pagi sebelum ke kerja ambillah wuduk.. apabila tiba di tempat kerja mesti dah sampai dalam pukul 8.00 macam tu.. maka apa salahnya kita buat solat sunat duha.. Beliau sangat menekankan agar semua muslimin dan muslimat cuba membiasakan diri untuk membuat amalan-amalan sunat.. dan menjadikannya satu amalan dalam kehidupan... subahnallah..

Selepas ucapan Menteri Besar Kedah.. upacara penyampaian sumbangan pada guru-guru mengaji al-quran diteruskan.. bacaan doa serta jamuan berbuka puasa mengakhiri majlis.. hari ini dapatlah kami sekeluarga makan free.. hehe pengisian pun dapat sekali sebelum berbuka.. sangat kenyang.. makanan rohani dan fizikal pada hari ini.. (^_^)

1 comments:

lillah أم هريرة on September 15, 2009 at 9:05 AM said...

tulisan comei la kak na..huhu

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template