Tuesday, August 25, 2009

Edisi terbaru : Citarasa ramadhan soutulhana

Salam ramadhan buat pembaca yang di sayangi sekalian.. dalam bulan yang mulia ini sudah tentu ramai yang mempunyai azam yang pelbagai demi menggarab semua fadhilat yang telah Allah janjikan. Sudah tentu ramai yang berazam antaranya untuk mengkhatam Al-Quran, menunaikan solat sunat terawih penuh sebulan. ada juga yang berazam untuk menguruskan berat badan dan mengurangkan perbelanjaan serta meningkatkan tabungan.. bercakap mengenai bulan yang mulia ini, ramai yang mengetahui bahawa syaitan kesemuanya telah dirantai dan dibelenggukan.. bak kata orang dikuarantinkan.. yang tinggal dengan kita hanya nafsu semata-mata. Namun dapatkah kita mengatasi serta melawan kehendak nafsu ini..?? nafsu makan, nafsu tido, nafsu berbelanja dan sebagainya… para suri rumah sudah tentu ramai yang menginginkan langsir baru, perabut baru, baju baru dan boleh dikatakanlah kesemuanya baru… almaklumlah nak sambut hari raya.. maka pelbagai sale di gedung membeli belah terpampang disana-sini.. mula lah para suami menggaru kepala dan tidur tak lena. Kemanakah azam untuk mengurangkan belanja tadi?? Semakin hampir hari raya semakin pudar nampaknya… dalam berjimat cermat ini.. oleh itu perlulah kita pandai membezakan antara keperluan dan kehendak.. boleh hendak membeli.. tapi belilah yang perlu sahaja..=)

Islam amat melarang umatnya membazir kerana ia merupakan perbuatan keji dan perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan amat suka kepada orang yang boros dan membazir. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Israa' ayat 27, tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda dalam sebuah hadis Baginda:

"Dari Al-Mughirati bin Shu'bah dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: Ditegah ke atas kamu tiga perkara iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Riwayat Al-Imam Muslim).

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Israa' ayat 26 - 27, tafsirnya:

"Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau belanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat-sangat kufir kepada Tuhannya."

Kepada para suri rumah serta anak-anak gadis diluar sana.. sama-samalah kita berjimat-cermat meringankan beban suami dan ayah. Jika selama ini agak sukar untuk dilakukan maka gunakanlah kesempatan di bulan mulia ini untuk mengurangkan kos perbelanjaan.. apabila berbuka puasa terutamanya.. kalo boleh kurangkan pergi ke bazar-bazar ramadhan.. banyak faedahnya.. bila kita pergi ke sana sudah tentu makanan di mata kita kesemuanya nampak begitu mengiurkan dan menyelerakan.. sedar atau tidak, kita terpesona untuk membelinya dan masa hendak menghidangkan baru lah sedar makanan penuh satu meja.. yang hendak menjamah juadah itu pula hanya dua tiga orang saja.. tidakkah itu satu pembaziran namanya?? Gunakan masa ini untuk kita menggunakan sepenuhnya dapur serta bahan-bahan yang terdapat di dapur kita.. secara tak langsung bukan sahaja pengaliran wang dapat dikurangkan malah kemahiran memasak dapat ditingkatkan.. =) jadi sempena bulan yang mulia ini soutulhana akan berkongsi dengan anda beberapa resepi kegemaran keluarga soutulhana yang simple, cepat, murah dan yang paling penting sedap… jom.. selamat mencuba (^_^)



Resepi 1 (udang goreng berlada)

Bahan-bahan

Udang

1 ulas bawang besar

1ulas bawang putih

kicap

sos cili

sos tomato

serai

3 tangkai daun kari

Cili padi

Garam

Gula

Serbuk lada hitam yang telah ditumbuk

Air

1 camca kecil Serbuk hilal

Cara-cara membuatnya

1. Hiriskan bawang putih dan bawang merah. Kisarkan ia.

2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah tadi.

Masukkan sedikit kicap, sos tomato, sos cili, sedikit garam, sedikit gula, serbuk hilal, serai, cili padi, daun kari, udang (*udang tersebut hendaklah digorengkan terlebih dahulu.) dan serbuk lada hitam yang telah ditumbuk. Masukkan sedikit air.

3. Setelah itu gaulkan sehingga sebati dan biarkan sehingga mendidih.

4. Kemudian boleh dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template