Thursday, August 6, 2009

APAKAH PILIHAN KITA?? CEMERLANG ATAU GAGAL??


Rutin harian ku.. mengisi waktu pagi dengan motivasi minda.. membuatkan hari-hari yang dilalui penuh semangat dan ceria (^_^) hari ini mendapat perkongsian daripada Dr.Danial Zainal Abidin. Berikut adalah sedikit kupasan dariku..

APAKAH YANG MAHU KITA PILIH?? CEMERLANG ATAU GAGAL??

Sudah tentu ramai yang mahu memilih kecemerlangan dan berdoa dijauhi kegagalan. Apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan kecemerlangan??

Adakah dengan segulung ijazah kita cemerlang?? @ dengan memiliki kereta yang diidamkan kita cemerlang?? @ memiliki kerjaya yang diidamkan kita cemerlang??

Wahai teman yang dikasihi.. kecemerlangan yang dicari adalah bererti kecemerlangan yang kita perolehi daripada duniawai dan juga ukhrawi… itulah yang kita perlu cari dalam semua perkara. Allah telah menciptakan semua manusia dengan potensi diri yang tersendiri.. jadi kita perlu meledakkan potensi diri tersebut untuk menjadi manusia yang cemerlang dalam semua aspek.. apatah lagi kita beriman dengan akidah dan juga tauhid yang akhirnya akan diberkhati oleh Allah.. tidakkah itu lebih cantik, comel dan juga lebih berkualiti.. masakan kita sendiri tahu, apabila kita hendak memilih pakaian, mestilah kita mahukan yang kita idamkan dan yang cantik bukan?? Mahu pilih yang cantik sahaja atau berkualiti fabriknya?? Sudah tentu kita mahukan kedua-duanya.. oleh itu, begitu juga kita yang mahu menjadi insan yang cemerlang.. mahu cemerlang dalam jangka masa singkat sahaja atau jangka masa panjang?? Fikir-fikirkanlah … tepuk dada Tanya lah kat diri tu=)

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mu’ minun : ayat 1
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.”

Mukmin yang Berjaya adalah mukmin yang beriman kepada Allah SWT. Allah mahukan kita Berjaya yang bertunjangkan iman. Jika kita lihat hari ini.. ramai orang yang Berjaya tetapi sejauhmanakah yang masih beriman kepada Allah.. menurut Dr. Zainal ada 2 keratan akhbar yang mempunyai cerita yang berbeza iaitu berkaitan dengan kecemerlangan insan. Pada 25 Mac 2005 melaporkan keputusan SPM 2004, tajuknya ialah seramai 4410 pelajar cemerlang mendapat keputusan A dalam Peperiksaan SPM. Pada akhbar yang lain pula menyatakan bahawa pelajar cemerlang ditangkap kerana mencuri. Jika di fikirkan balik bagaimana pelajar cemerlang boleh mencuri? Sepatutnya mestilah pelajar itu sudah tahu bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah. Oleh itu dapat dilihat disini bahawa kecemerlangan yang dikejar perlulah didefinisikan dengan betul, bukan sahaja di duniawi tetapi juga ukhrawi. Seseorang yang cemerlang mestilah bertunjangkan agama dan juga syariat dalam hidupnya. Jika tidak kecemerlangan yang diperoleh itu hanyalah berada di penjuru hidup sahaja. Ingatlah wahai teman-teman yang dikasihi kecemerlangan hendaklah dikejar berpandukan kaca mata Al-quran dan As-Sunnah. Kita hendaklah mencari hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat.

Bukan lah kecemerlangan yang guru kita sukai, bukan lah kecemerlangan yang diri kita sukai, bukanlah kecemerlangan yang juri hakim sukai tetapi kecemerlangan yang Allah sukai. Jadi sama-samalah kita mencari nya..=)

Jangan risau temanku.. untuk menjadi cemerlang ada formulanya.. Orang-orang yang Berjaya itu ada ciri-ciri nya.

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun: 2
“orang yang Berjaya adalah orang yang khusyuk dalam solatnya”

Yang pertama adalah orang yang solat. Hubungan dengan Allah itu adalah yang paling utama yang perlu kita jaga. Jika putus hubungan dengan Allah kita umpama layang-layang yang terputus talinya.. maka tidak cantik lagi, tidak gah lagi dan tidak comel lagi.. kerana layang-layang itu akan tersadai di dahan pokok, termasuk dalam tasik dan sebagainya.. maka rosaklah kesemuanya.. begitu jugalah dengan kita. Perkara yang wajib dilaksanakan mestilah disempurnakan. Melaksanakansolat sahaja pun masih tidak cukup. Kita mestilah pastikan solat yang kita dirikan itu solat yang berkualiti sebab itu kita perlu khusyuk dalam mengerjakan ibadah solat.

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun: 3
“… dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan atau perkataan) yang tidak berguna”

Yang Kedua ialah jauhkanlah diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang lagha dan sia-sia. Orang yang cemerlang tidak akan memberi ruang masanya kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Mereka akan mengisi ruang masa itu dengan ibadah, berbincang hal-hal yang baik dan membaca buku-buku yang baik. insyaAllah kita pasti cemerlang.(^_^)

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun:4
“… dan orang yang menjaga kemaluannya”

Yang keempat pula ialah orang yang cemerlang ini menjaga nafsu syahwat terutama nafsu seks. Iaitu tidak berzina, tidak berkhalwat dan sebagainya. Jika kita lihat hari ini sangat membimbangkan kerana ramai yang tidak dapat menjaganya kerana ramai yang kita lihat cemerlang tetapi berzina dikatakan pula hal peribadi dan tidak boleh dipersoalkan. Ini kah yang dikatakan insan cemerlang?

Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun:11
“….(yakni) merekalah yang akan mewarisi syurga firdaus dan kekal selama-lamanya”

Yang kelima ialah orang yang cemerlang akan menjaga janji-janjinya. Merekalah orang yang akan mewarisi syurga Firdaus buat selama-lamanya.

Wahai teman yang disayangi,

Islam juga menyatakan kejayaan dipenjuru dunia turut perlu dikejar. Dalam surah Al-Fath menyatakan Allah memberi kemenangan kepada umat Islam dalam bentuk menakluki kota Mekah. Hal ini menceritakan kecemelangan dalam bentuk duniawi. 13 tahun Islam ditindas di Mekah sehinggakan terpaksa berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah. Masih lagi belum menang dan Berjaya. Kemudian kembali semula ke Mekah untuk menaklukinya. Ini merupakan satu kejayaan di penjuru duniawi. Allah juga mahu kita cemerlang dipenjuru duniawi tetapi kita perlu ingat bahawa itu sahaja tidak cukup kerana ianya singkat. Bukankah lebih indah dan bahagia jika kita cemerlang selama-lamanya?? Maka kejarlah kejayaan ukhrawi kerana syurga kekal abadi. =)



Wahai teman yang dikasihi,

Allah mahu kita mencapai kejayaan kedua-duanya untuk kita laksanakannya maka kita memerlukan ilmu di dada… inilah rahsianya..

1) Kuasai ilmu. Belajarlah rajin-rajin, luaskan pengetahuan dan jangan sesekali jemu.

2) Jangan abaikan ibadah kita. Siapa yang bagi kita cemerlang ?? jawapannya ialah Allah.

3) Jangan melakukan maksiat dan perkara yang haram. Hal ini kerana akan wujudnya tompok-tompok hitam di hati dan menyebabkan hati kita tidak tenang.

Alhamdulillah sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.. insyaAllah sama-sama kita amalkan ye ..=)

0 comments:

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template