Saturday, July 11, 2009

kisah si semut hitam...part 1


si semut hitam

Si semut hitam merupakan seekor semut betina.. seekor semut yang sangat jujur dan tulus dalam mencari ilmu akhrawi dan duniawi.. namun ujian yang dihadapinya di lalui sejak di alam persekolahannya… semasa berada di alam remaja si semut hitam sangat rajin dalam menelaah buku pelajarannya.. yang ada dalam fikirannya hanya untuk membalas jasa ibunda dan ayahanda nya.. sehinggakan adk2 si semut hitam hairan melihat kakak nya yang asyik dengan buku dan nota.. namun akhlak dirinya menjadi pakaian nya walaupun berada dimana-mana sahaja dia berada..

Dalam menuntut ilmu yang sudah jadi tradisi nya itu… si semut hitam menghadapi ancaman daripada kawan-kawan dan teman seperjuangan… sehinggakan setiap kali pulang dari belajar si semut hitam ini akan menangis menyendiri.. teman seperjuangan yang dicari sudah tidak ada lagi.. kerana semuanya sibuk untuk kejayaan diri sendiri..sifat-sifat mazmumah menguasai diri sahabat-sahabatnya (hasad dengki, iri hati, pentingkan diri dll sifat yang keji)

Setiap hari si semut hitam mengajak kawan-kawan nya study sekali namun setiap kali ajakkannya pasti akan ditolak berserta dengan ejekan yang tidak henti-henti =( Pada suatu hari, sedang si semut hitam menelaah sendiri datang seekor semut belang melihat apa yang dilakukannya.. si semut belang segera memanggil rakan sekelas mereka meninggalkan si semut hitam seorang diri ….dan melakukan satu mesyuarat di belakang kelas.. si semut hitam hairan melihat kerenah rakan-rakan2nya yang mudah dipengaruhi oleh kata-kata si semut belang.. namun si semut hitam terus sabar dan sabar.. (keadaannya macam dipulaukan…huhu)

mesyuarat dibelakang kelas si semut hitam =(

Apabila pulang dari sekolah si semut hitam ini tidak lagi menangis.. (ermmm kenapa ya???) kali ini dia bangun malam seorang diri, muhasabah kembali dirinya sendiri.. adakah dia telah melukakan hati kawan-kawannya.. adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri, adakah sikapnya yang membuatkan kawan-kawannya lari, adakah dia terlalu baik, adakah dia terlalu menjaga pergaulannya??? Apakah yang sebenarnya punca i2..huhu … emmm..


# kawan-kawan jom bantu si semut hitam...=(

nantikan sambungannya…=)

2 comments:

Nooreena on July 11, 2009 at 5:25 AM said...

Bagus la semut hitam tu. Tak menangis walaupun dipulaukan. Ternanti-nanti sambungan kisah ini.. :)

Unknown on July 11, 2009 at 6:46 AM said...

hihi..kesiannya semut hitam ni..

Puncanya adalah kerana ALLAH sygkan semut hitam ini. Sebb itu ALLAH nk uji semut hitam. Allah nk semut hitam dpt bnyak pahal lbh dri kawan2 yg lain. Spya dpt masuk syurgaNYa..

hehe..untungnya semut hitam ini. Cepat dia munasabah dirinya.. kembali kepada yg Esa.

Post a Comment

 

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

ISLAM IS MY WAY OF LIFE

takutlah kepada Allah setiap saat..

Uqbah Bin Amir meriwayatkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tuhanmu kagum kepada seorang pengembala kambing yang berdiri di atas bongkah batu gunung, ia melaungkan azan lalu menunaikan solat. Allah berfirman. '( Wahai para malaikat) Lihatlah hamba-ku ini. Ia mengumandangkan azan lalu mendirikan solat, ia takut kepada-ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-ku ini dan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat al-Nasa'i)

About Me

My photo
i love Allah n Rasul=)
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya.. dan untuk baiki manusia.. baikilah hatinya." masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati!! (Pahrol Mohamad Juoi)

~soutul hana~ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template